Bagi peminat tegar Star Wars, saya jamin pasti ramai yang tonton filem ini semalam atau dua hari lepas kan? Reaksi pelbagai diberikan oleh peminat selepas menonton filem ini. Rogue One : A Star Wars Story merupakan karya spin-off untuk franchise Star Wars ini.

Jadi apa yang dimaksudkan dengan spin-off ini? Spin-off boleh diertikan sebagai pecahan kecil dari sesuatu jalan cerita yang besar. Filem Rogue One ini jika di dalam franchise Star Wars terletak di antara Star Wars: Episode III – Revenge of the Sith dan Star Wars: A New Hope dan setiap watak dalam Rogue One tidak mempunyai hubungan secara terus dengan watak-watak dalam Episode 1 hingga Episode 7.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi disini saya akan kongsi beberapa sebab kenapa anda perlu tonton filem ini dipawagam. Saya tidak akan memberi spoiler untuk filem ini jadi review ini selamat dibaca.

1. Jalan cerita yang mudah difahami

Bagi saya, jika anda bukan peminat Star Wars pun boleh enjoy filem ini. Katalah anda baru mahu berjinak dengan dunia Star Wars, anda boleh bermula dengan filem ini. Plot cerita ini tidak lari dari episod Star Wars yang lain; Rebellion versus The Empire. Ianya berkisahkan tentang sekumpulan manusia dan robot yang bekerjasama untk mendapatkan pelan kapal perang Death Star milik The Empire.

Seperti saya tulis awal tadi, filem ini terletak di antara Episode 3 dan Episode 4. Jadi boleh dikatakan filem ini adalah prequel untuk Episode 4. Anda boleh lihat pada video di bawah di mana Mon Mothma menerangkan tentang pelan Death Star kepada Han Solo dan Leia. Cuma perbezaannya, Mon Mothma menyebut puak Bothans yang banyak bekorban untuk mendapatkan pelan itu bukannya pasukan Rogue One. Tetapi itu cuma perkara kecil selagi cerita berkenaan pelan ini masih selari dengan filem Rogue One.

https://www.youtube.com/watch?v=Z–2nZl1_zM

2. Kekuatan Setiap Watak Rogue One

Setiap watak di dalam filem Rogue One ini dikembangkan dengan baik! Setiap watak mempunyai karektor mereka yang tersendiri dan masing-masing mempunyai peluang untuk bersinar dalam filem ini. Watak paling menarik dalam filem ini semestinya Chirrut Îmwe, Baze Malbus dan K-2SO. Mereka bertiga berjaya menghiburkan penonton dengan lawak one liner yang kena pada masanya.

Tak sangka betul Ip Man rupanya seorang Jedi dan watak K-2SO yang mempunyai mulut tak ada insurans mengingatkan saya kepada C-3PO. Kalau anda dah tonton, anda boleh undi di link di bawah watak mana yang menjadi favourite anda.

Baca: Watak Rogue One: A Star Wars Story™ Yang Manakah Paling Sesuai Menggambarkan Diri Anda?

3. Skor muzik dan feel filem ini

Sesuatu filem memerlukan skor muzik yang hebat sebagai perencah kejayaan filem berkenaan. Michael Giacchino (pernah berkarya untuk filem Doctor Strange, Zootopia, Dawn Of The Planet Of The Apes etc) berjaya memberi emosi kepada filem ini dengan sentuhan muziknya.

Editing filem ini yang dapat blend in dengan konsep dan feel filem Star Wars yang lain harus dipuji kerana ianya sedikit sebanyak membangkitkan memori filem Star Wars Episode 4 sehingga Episode 6. Star Wars: A New Hope sangat hebat sebenarnya kerana George Lucas berjaya menghasilkan satu filem sci-fi yang sangat epik pada tahun 1977 tanpa bantuan CGI yang canggih ketika itu. Anda masih dapat rasa elemen vintage editing Star Wars dalam filem ini.

4. Darth Vader

Walaupun watak Darth Vader hanya muncul beberapa minit dan di hujung-hujung, tetapi kekuatan watak Darth Vader ini memang tidak dapat dinafikan. The Force is too strong in him! Ada peminat Star Wars yang pergi menonton Rogue One hanya untuk melihat Darth Vader. Beliau memang Jedi terkuat pernah dilatih tetapi disebabkan ada perasaan dendam di dalam hati, beliau terpengaruh ke dark side dan menjadi pemimpin Empire. Kalau nak tahu sejarah Darth Vader, anda kena tonton Episode 1 hingga Episode 3. Menangis Obi Wan Kenobi ketika mengetahui Anakin tidak mungkin lagi boleh diselamatkan.

5. Merchandise Rasmi Rogue One: A Star Wars Story

Kalau dah tengok filem ini nanti, takkanlah tak nak beli merchandise rasmi Rogue One. Sehingga 31 Disember 2016 ini, anda boleh membeli merchandise rasmi Rogue One di pasaraya Giant. Barangan seperti Tin Lunch Box, Travel Luggage, Death Star Umbrella dan Drawstring Bag boleh dibeli dan dikumpul oleh para peminat. Death Star Umbrella tu paling win. Kena cepat takut-takut kempunan anda untuk dapatkan merchandise rasmi mereka. Baca di sini cara untuk anda beli merchandise Rogue One dengan harga yang sangat istimewa.

Overall filem ini adalah filem wajib tonton untuk semua. Walaupun anda bukan seorang peminat Star Wars, anda pasti boleh layan filem ini. Bagi peminat setia Star Wars, mereka sudah biasa dengan strategi Lucasfilm yang suka sangat buat pre-quel demi pre-quel. Pelakon Mark Hamill yang melakonkan watak Luke Skywalker turut membuat lawak tentang perkara ini.

Mungkin di pertengahan filem ini agak slow sedikit kerana kurang aksi dan lebih dialog untuk penceritaan tetapi ianya bukan masalah besar kerana keseluruhan filem ini dipenuhi dengan aksi hebat. Bagi saya, filem ini lebih baik dari The Force Awakens. Kylo Ren perlu buat sesuatu dalam Episode 8 nanti.Owh, sebelum terlupa, ada juga cameo watak penting dalam filem ini nanti. Siapa dia? Itu anda kena lihat sendiri. Saya beri rating 9/10 untuk filem ini. Lepas tonton filem ini, terus rasa nak lihat marathon Episode 4-6. May the force be with you!