Menggunakan nama glamour ‘flying bread‘ untuk dihidang buat pengunjung ternyata berjaya membuatkan roti tisu ini menjadi fenomena di New York. Ditambah pula dengan gaya pembuatan yang unik serta rupa tinggi, cukup untuk buatkan para pengunjung teruja.

Itulah yang dilakukan Restoran Laut. Mengenali pada pengunjung yang kurang gemar dengan masakan pedas, restoran ini mengambil pendekatan berbeza dengan menggantikan kuah dhal dengan aiskrim kelapa. Hasilnya, restoran ini menjadi tempat terbaru kegemaran Mat Salleh.

Bayangkan, bagaimana rasanya apabila dimakan dengan roti tisu yang baru sahaja dihidangkan panas-panas. Peh!

Lebih cool, cara penyampaian aiskrim kelapa yang diletakkan dibawah roti tisu itu sendiri yang menjadi tarikan orang ramai untuk mencuba. Mungkin agak normal untuk melihat roti tisu setinggi ini di Malaysia namun tidak di New York. Mesti orang New York kagum bilamana nampak roti setinggi ini.

Fenomena Restoran Laut bukan sahaja bergantung kepada satu menu, malah USP atau unique selling point restoran ini juga sedikit berbeza berbanding restoran-restoran lain di New York. Restoran Laut banyak menyediakan makanan Malaysia dan Thailand sebagai hidangan buat para pengunjung.

Selain itu, Restoran Laut yang sudah beroperasi hampir sedekad ini berjaya dianugerahkan dengan Michaelin Star Award. Anugerah yang diberikan buat restoran yang berjaya menyediakan makanan yang lazat, enak serta layanan yang baik.

Selain roti tisu, Restoran Laut turut menyediakan pelbagai menu lain seperti nasi lemak, roti canai, roti telur, rendang daging dan sate antara menu lain yang menjadi tarikan.

Sama seperti di negara kita juga, nasi lemak dan roti canai merupakan menu kegemaran pengunjung selain roti tisu.

Nasi lemak dalam hidangan lengkap. Chef Wan mesti puas hati.

Siapa sangka makanan yang dianggap ‘marhaen’ di negara kita mampu menjadi fenomena di negara luar dengan sedikit inovasi yang ditampilkan. Good job Restoran Laut!

Sumber