Siapa sangka Syarikat Samsung yang sudah kerap kali dijadikan bahan jenaka atau troll betul-betul sentap dengan video parody terbaru. Lebih sadis apabila Samsung telah mengarahkan Youtube untuk membuang video yang berpunca daripada modifikasi game GTA 5 yang menjadikan Note 7 sebagai bom.

wasted-0

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Modifikasi yang dibuat HitmanNiko yang dimulakan sekadar suka-suka buat penggemar game tersebut mula menjadi serious apabila Samsung mula campur tangan. Samsung berpendapat menggunakan Note 7 di dalam game tersebut adalah pelacur kepada hakcipta. Hasilnya, video asal tersebut dibuang dari Youtube baru-baru ini.

Lebih seronoklah netizen troll Samsung lepas ini berikutan perangai #mudahsentap yang ditunjukkan.

Berikut merupakan footage terbaru daripada uploader lain yang memaparkan bagaimana mod permainan Grand Theft Auto 5 ini telah menjadikan Galaxy Note 7 sebagai bom.

Mungkin satu perkara yang perlu Samsung ingat selepas ini. ‘Once on the internet, always on the internet’. Setuju?