Bermula tahun lepas, permintaan telefon mid-range mula mendapat permintaan daripada pengguna. Sebabnya, spesifikasi yang ditawarkan sudah cukup memadai untuk penggunaan harian selain daripada harganya yang jauh lebih rendah berbanding smartphone flagship yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan, kejayaan penjualan siri Galaxy A pada tahun lepas, Samsung telah mengumumkan kemaskini Samsung Galaxy A5 dan Samsung Galaxy A7 yang terbaru pada tahun ini. Menariknya, pelancaran ini dilancarkan di Malaysia beberapa hari yang lepas.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model ini berkongsi  chipset yang sama iaitu Samsung Exynos 7880 disertakan dengan 3GB RAM. Ruang storan yang ditawarkan adalah 32GB. Malangnya, smartphone ini tidak menawarkan slot MicroSD atau dual-sim. Kamera 16-megapixel f/1.9 sudah cukup baik pada pendapat kami untuk kegunaan harian.

Apa yang membezakan kedua-dua model ini adalah saiz skrin. Samsung Galaxy A5 menggunakan skrin AMOLED 5.2-inci manakala Samsung Galaxy A7 dilengkapi dengan skrin AMOLED 5.7-inci.

Penggunaan USB-C

Suatu pembaharuan pada model tahun ini berbanding model tahun lepas adalah penyediaan fungsi kalis air. Sesuatu yang boleh dikatakan masih baru untuk telefon jenis mid-range. Samsung juga telah memberi sentuhan ‘premium’ pada model kali ini dengan penggunaan kaca dan metal sepertimana flagship Samsung yang lain.

Harga yang diumumkan Samsung buat Galaxy A5 adalah RM1,699 manakala Galaxy A7 adalah RM1,899. Dengan ciri yang ditawarkan bersama spesfikasi yang boleh dikatakan agak memuaskan, hasrat Samsung untuk menawarkan smartphone dengan fungsi kalis air dan premium, dilihat sebagai eksperimen yang berjaya.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy A (2017), pihak Samsung turut menawarkan pra-tempahan melalui Lazada dimana pengguna turut ditawarkan dengan Samsung Level U Pro bernilai RM399.

https://www.youtube.com/watch?v=UCq6iyvJcBw

Sumber