Jika semalam, Samsung Mobile mengeluarkan teaser mengenai Samsung S7 Edge yang diinspirasikan Batman, pada hari ini Samsung Mobile dengan kerjasama DC Comics melancarkan Samsung Galaxy S7 Edge Injustice Edition yang diinspirasikan daripada Batman.

Sebagai salah seorang peminat batman dan mengikuti perkembangan Samsung, pada mulanya saya agak ‘skeptical’ dengan keupayaan Samsung untuk hadir dengan produk premium dan sexy. Samsung mungkin berjaya dari segi spesifikasi yang canggih namun untuk hadir dengan dengan produk yang sesuai dengan ‘Bruce Wayne’ mungkin agak sukar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampaknya jangkaan saya jauh meleset. Samsung dengan kerjasama DC Comics berjaya untuk mengeluarkan S7 Edge Injustice Edition dengan sangat baik dan awesome sekali.

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-1.0

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-5.0

Lihat sahaja kotak yang digunakan Samsung sempena S7 Edge edisi khas ini. Warna pilihan Samsung iaitu emas dan hitam berjaya membuatkan gandingan Batman bersama S7 Edge ini kelihatan sangat premium. Samsung S7 Edge Injustice Edition ini juga dilengkapi dengan VR headset.

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-4.0

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-2.0

Dari segi luaran sudah cukup membuatkan peminat Batman tidak senang duduk. Kami kongsikan pula kepada anda apa yang tersedia didalamnya. Set Injustice Edition ini dilengkapi dengan case getah yang diinspirasikan kepada perisai Batman. Pendapat kami ini mungkin case getah paling terbaik pernah kami lihat untuk penggunaan telefon pintar.

Tidak cukup ‘Batman’ jika set ini tidak dilengkapi dengan Batarang. Untuk membuatkan set ini lebih premium, pemilihan warna emas dipilih untuk disalutkan pada keseluruhan Batarang. Sexy bukan?

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-3.0

Sama seperti pemilihan warna pada kotak dan set di dalamnya, warna emas dan hitam digandingkan pada Samsung S7 Edge Injustice Edition ini. Logo emas Batman di bahagian belakagn S7 Edge ini seolah-olah mengesahkan penggunanya sebagai salah seorang ‘Bruce Wayne’.

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-9.0

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-10.0

Samsung juga memperkemaskan beberapa software dan theme untuk bersesuaiana dengan tema Batman Injustice Edition. Dialler S7 Edge Injustice Edition ini juga agak berbeza berbanding Samsung S7 Edge yang biasa.

Atas kerjasama Injustice dan DC Comics, game Injustice: Gods Among Us disertakan pada telefon pintar ini. Pastinya lebih rancak apabila digandingkan bersama VR headset yang disertakan.

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-6.0

Pihak Samsung mengesahkan set ini adalah terhad dan cuma akan dijual di beberapa buah negara termasuk China, Singapore, Korea, Latin America, dan Russia. Nampaknya Malaysia tidak ada di dalam senarai untuk mendapatkan Samsung S7 Edge Injustice Edition ini.

Walaubagaimanapun, kami yakin pastinya terdapat beberapa penjual yang akan menjual semula set ini buat peminat Batman di Malaysia. Samsung Mobile masih belum mengesahkan harga rasmi set ini. Kami jangkakan set ini akan dijual semula dengan harga mencecah ratusan ribu ringgit sepertimana Samsung S6 Edge Iron Man Edition yang diumumkan tahun lepas. Satu soalan daripada saya, sudikah anda ‘melabur’ untuk mendapatkan S7 Edge Batman Edition ini wahai pencinta Batman?

https://www.youtube.com/watch?v=eW_0aYguJ_E