Nampaknya Samsung bakal memasuki 2017 dengan penuh bergaya! Untuk pameran teknologi CES 2017 di Nevada Amerika Syarikat, Samsung akan mengumumkan secara rasmi monitor skrin terbaru mereka dengan gamers menjadi sasaran pengguna skrin jenis ini.

Monitor CH711 ini akan hadir dengan dua saiz; 27 inci dan 31.5 inci dan akan mempunyai resolusi 2560 x 1440. Dengan teknologi OLEDS yang sedia ada pada monitor Samsung sebelum ini yang menghasilkan kualiti gambar yang lebih hebat, teknologi quantum dot yang terbaru akan mengurangkan lagging dan ini sangat penting untuk gamers yang bermain secara online.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Samsung, skrin lengkung ini akan memberi kepuasan yang lebih untuk para gamers kerana monitor skrin ini direka mengikut pandangan mata manusia. Kalau anda faham teknologi ini, anda akan lebih excited dengan skrin ini.

Info lebih lanjut berkenaan skrin ini akan muncul tahun hadapan di CES 2017. Kalau anda games tegar, mulakan membuat simpanan dari sekarang jika anda berkenan dengan skrin ini.

Sumber