Akhirnya segala ura-ura tentang OnePlus 3 telah terjawab. OnePlus 3 diumumkan pada hari ini selaku flagship model terbaru daripada OnePlus menggantikan Oneplus 2. OnePlus 3 pada tahun ini hadir sedikit awal iaitu 11 bulan selepas kehadiran OnePlus 2 yang diumumkan pada bulan Julai.

Bagi anda yang mengikuti ura-ura tentang OnePlus 3 sebelum ini mungkin agak normal atau mudah dijangka untuk mengatakan cip pemprosesan 820 beserta GPU Adreno 530 dipilih sebagai spesifikasi OnePlus 3. Namun agak mengejutkan untuk mengetahui ura-ura tentang saiz RAM OnePlus yang hadir dengan saiz 6 GB adalah benar. Ya, 2 GB lebih berbanding flagship model keluaran Samsung dan LG.

One Plus 3 smartphone

Dari segi paparan seperti flagship model keluaran OnePlus sebelum ini, saiz 5.5-inci sekali lagi dipilih beserta dengan paparan 1080p. Mungkin ada yang menjangka paparan 4K dipilih namun paparan 1080p sudah cukup untuk memadai. ROM Oxygen OS berasaskan Android Marshmallow dipilih dengan ciri-ciri seakan-akan stock Android.

Oneplus 3 dilengkapi dengan kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan optical image stabilization atau lebih dikenali sebagai OIS serta kebolehan rakaman 4K. Untuk rakaman selfie, ia hadir dengan kamera 8-megapixel. Oh ya, berdasarkan review daripada MKBHD, OnePlus 3 juga beraksi dengan cemerlang untuk di tempat yang kurang mempunyai pencahayaan.

Pada bahagian bateri, OnePlus 3 hadir dengan bateri yang kapasiti yang agak kecil iaitu 3000 mAh berbanding OnePlus 2 dengan kapasiti 3300 mAh. Dilengkapi dengan pencesan pantas yang dinamakan sebagai Dash Charge yang membolehkan OnePlus 3 dicas 0-60% dalam masa 30 minit sahaja.

Ck7vMGjXEAASKHg (1)

Harga yang diumumkan Pihak OnePlus adalah $399. Dianggarkan harga jual buat OnePlus 3 apabila tiba di Malaysia adalah sekitar RM1749 dan buat pertama kalinya OnePlus bakal ditawarkan tanpa sebarang jemputan sepertimana model-model sebelum ini. Kehadiran OnePlus 3 buat pasaran rasmi masih menjadi tanda tanya dan dijangka bakal mula dijual sebulan atau dua daripada tarikh pengumuman.

Adakah berbaloi untuk mendapatkan OnePlus 3?

Pada pendapat saya, selaku peminat telefon pintar flagship dan pada yang sama tidak mahu ‘overspend’ dengan telefon pintar yang berspesifikasi tinggi, OnePlus 3 berjaya menarik hati saya. Dengan harga $399 untuk sebuah telefon pintar yang ‘almost perfect’ ini seolah-olah memberi pilihan mudah buat anda yang mempunyai kriteria pembelian yang sama seperti saya untuk mendapatkan OnePlus 3.

Saya setuju dengan kata-kata MKBHD yang mengatakan jika anda seorang pengguna telefon pintar yang sudah berusia 1-2 tahun dan mahu upgrade telefon anda. Dalam erti kata lain jika anda kini merupakan pengguna LG G5 atau Samsung Galaxy S7, OnePlus 3 bukanlah telefon pintar yang anda perlu dapatkan.

5 perkara yang sering pengguna titik beratkan semasa memilih telefon pintar adalah bateri, kamera, prestasi, paparan dan rekabentuk. Nampaknya OnePlus 3 berjaya untuk menguasai 5 aspek tersebut dengan baik sekali.

Xiaomi Mi 5 hadir sebagai pilihan yang baik selain OnePlus 3 buat anda yang mahukan telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan harga yang berbaloi.

Sumber