Siapa sangka permainan LEGO kini sudah hampir mendekati hampir 7 dekad dihati peminat. Permainan yang pada mulanya sekadar untuk mengabungkan block-block warna ini mula menarik perhatian ramai apabila mula berkolaborasi bersama jenama-jenama besar seperti Star Wars, Harry Potter dan Avengers.

Dalam pada itu, terdapat satu perkara yang terpaksa diharungi jika anak anda atau mungkin anda sendiri jika sering bermain LEGO iaitu terpijak block-block LEGO yang kecil. Meskipun kecil jangan disangka ianya tidak mengundang kesakitan pada tapak kaki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
anti-lego-slippers-brand-station-1
Sakitnya tuhan saja yang tahu

Berdasarkan permasalahan tersebut, LEGO akhirnya telah mengeluarkan anti-LEGO slipper. Selipar khas untuk mengelakkan kaki daripada terpijak LEGO secara terus.

Kami pasti indoor slippers yang lain mampu mampu melakukan perkara yang sama namun inisiatif LEGO untuk menghasilkan slipper sendiri ini ternyata ‘marketing’ yang bagus. Tambahan pula ada demand dikalangan peminat LEGO, menghasilkan slipper ini secara tidak langsung sudah menantikan para pembeli.

anti-lego-slippers-brand-station-8

anti-lego-slippers-brand-station-2

anti-lego-slippers-brand-station-4

Kami yakin kalau anti-LEGO slipper digantung di rak jualan LEGO, rasanya akan habis dibeli juga oleh para peminat LEGO khususnya golongan ibubapa yang lebih meminati LEGO daripada anaknya. Eh.

Sumber