Kami ingin kongsikan kisah seorang macha ini yang dipetik dari wall FB Tuan Zaidi Ismail, seorang usahawan dalam bidang hartanah.

Harapan kami agar kisah ini akan dapat memberi inspirasi kepada ramai ibu bapa diluar sana sebagai salah satu cara mendidik dan membangunkan anak-anak kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kisah Seorang Macha

Saya dah bertahun beli perabot dari sebuah kedai perabot yang dimiliki oleh sebuah keluarga berbangsa India di Lembah Pantai.

Kedainya sederhana tapi cukup lengkap untuk saya memilih perabot yang sesuai untuk asrama-asrama saya. Apa yang menariknya kedai ini di kendalikan oleh anak lelaki pasangan ini yang ketika itu berusia 17 tahun dan bakal mengambil peperiksaan SPM , sebelum itu anaknya telah beberapa tahun mengendalikan perniagaan perabot keluarganya secara separuh masa bersama ibu , bapa dan adik perempuannya.

Kini beliau mengendalikan perniagaan keluarganya sepenuh masa. Cawangan kedua di Sunway baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu yang kini dikendalikan oleh ibu beliau, manakala cawangan utama di pantai dalam di kendalikan sepenuhnya oleh beliau.

Setiap 2 bulan saya pasti akan ke kedainya untuk membeli perabot untuk asrama saya , kemarin urusiniaga dikendalikan oleh adik beliau yang baru berusia 16 tahun.

title=

Ketika remaja seusia beliau sedang hayal dengan pelbagai gajet yang dibelikan oleh ibu-bapa pemalas, ibu bapa beliau memperkenalkan perniagaan kepada beliau.

Ketika remaja Melayu lain sedang sibuk merempit dengan kapcai yang tidak sepower mana, beliau menghadiahkan diri beliau dengan ZX-10R yang berharga ratusan ribu ringgit.

Ketika remaja lain sedang sibuk bercinta monyet beliau merancang untuk membesarkan lagi perniagaan sedia ada.

Keluarga ini tidak memiliki kereta besar tapi mempunyai lori-lori besar untuk mengangkut dan menghantar perabot. Setelah berbelas tahun berniaga, baru kini memilki cawangan yang pertama.

Saya kirakan dengan beliau bekerja sepenuh masa mengendalikan perniagaan dan dibantu oleh adik-adik beliau yang lain , tidak mustahil beberapa cawangan lagi bakal dibuka.

Teruskan usahamu macha supaya menjadi contoh pada macha-macha yang lain.

PS: Tolong tambah lori. Selalu tak cukup jer nak hantar barang.

PSS : Saya tak beli dari syarikat perabot Melayu sebab tak jumpa kedai perabot Melayu yang betul-betul nak meniaga.

Kredit : Tuan Zaidi Ismail, dengan izin

Kongsikan kisah ini dengan rakan anda.