Ada cerita menarik yang saya nak kongsi pagi ini.

Dalam kuliah subuh pagi tadi, ustaz penceramah ada selitkan cerita tentang seorang backpacker yang travel sejak Julai tahun lalu.

Ustaz yang hendak melihat projek pembinaan surau beliau di Merbok, Kedah bertolak dari KL menaiki tren ETS dan menyewa kereta dari Perlis. Ketika melalui Changlun, kereta beliau ditahan oleh seorang backpacker.

Pada mulanya backpacker tersebut ingin menumpang kereta ke KL, tapi diajak oleh ustaz untuk mengikut beliau dahulu sebelum pulang ke KL menaiki tren ETS juga.

Duit tiket ustaz janji nak bayarkan kerana backpacker tersebut tidak cukup duit belanja. Kata Ustaz kepada jemaah masjid, tahap ‘tawakkal’ backpacker itu amatlah tinggi walaupun beliau bukan seorang Muslim.

Tiada duit yang cukup tapi dapat travel hingga ke Malaysia. Hati kecil saya bersetuju dengan kenyataan Ustaz, kadang-kadang kita tidak letakkan kebergantungan penuh kepada Allah walaupun sebenarnya semua rezeki kita adalah daripadaNya. ‘Tawakkal’ is having full faith that Allah will take care of us even when things look impossible.

Backpacker tersebut berumur 22 tahun, merupakan seorang pemuda yang berasal dari Rusia dan hanya travel seorang diri. Beliau mempunyai ijazah daripada Universiti di US dan negaranya juga.

Beliau telah travel melalui Uzbekistan, China, Laos, Cambodia dan Thailand sebelum sampai ke Malaysia. Bila berjumpa Ustaz, tujuan asalnya hanya hendak menumpang kereta tetapi berakhir dengan 3 minggu tinggal di rumahnya.

Walaupun masih muda, backpacker tersebut mempunyai pemikiran yang amat matang. Sepanjang tinggal bersama ustaz, beliau sering juga mengikut Ustaz ke kuliah-kuliah agama di masjid dan surau walaupun hanya duduk di luar.

Isi kandungan kuliah sedikit-sebanyak dapat difahami beliau apabila ada orang yang membantu untuk menterjemahkannya.

Ustaz ada juga bertanya pemuda ini,”do you belive in God?‘. Jawapannya, “I am not sure, but I do believe in science”. Maka Ustaz menggunakan pendekatan sains untuk berbual tentang Islam.

Ustaz bertanya tentang kewujudan udara, mengikut sains udara memang ada di persekitaran kita. Pemuda itu bersetuju kerana kita dapat membuktikan adanya udara sewaktu daun pokok ditiup angin. Ustaz bertanya, waktu daun pokok tidak bergoyang mana perginya udara tersebut? Pemuda itu tidak dapat menjawab menggunakan hujah sains beliau.

Sama juga dengan cahaya, waktu ada cahaya kita boleh nampak bayang. Waktu tiada cahaya mana pergi bersembunyinya bayang? Kelu lagi lidah pemuda ini untuk membalas hujah.

Backpacker itu juga ada bertanya tentang tindakan potong tangan dan pancung dalam undang-undang jenayah Islam. Kononnya ia adalah undang-undang ‘Barbarian’.

Ustaz bertanya pula, bagaimana pula dengan hukuman kerusi eletrik dan suntikan beracun ke atas pesalah, kerana ia ternyata lebih bersifat ‘Barbarian’. Diringkaskan cerita, sepanjang bersama Ustaz, banyak perkara tentang Islam vs. Sains yang dipelajari oleh pemuda ini.

Baca: Cara Lelaki Ini Berdakwah Kepada Seorang Freethinker Buat Kami Rasa Bangga Dengan Beliau

backapack

Backpacker ini juga memaklumkan bahawa beliau sebenarnya tidak bersetuju tentang kenyataan bahawa orang Islam adalah pengganas. Sepanjang beliau travel kebanyakan bantuan yang dihulurkan oleh penduduk tempatan yang beragama Islam adalah sangat baik sehinggakan ada yang mengajak beliau tinggal di rumah mereka (kerana bimbangkan tentang keselamatannya).

Sewaktu di China seorang Muslim berbangsa Uighur telah mempelawa beliau untuk singgah di apartmentnya yang kosong, tiada sebarang perabut tetapi melayan beliau dengan bersungguh-sungguh (dalam peti sejuk cuma ada beberapa biji telur untuk di masak).

Ada yang bertanya, “berjaya ke pemuda ini diIslamkan?” Ustaz kata sedangkan pada zaman Nabi dulu pun baginda mengambil masa yang lama untuk membawa orang kafir memeluk Islam, inikan pula dalam tempoh 3 minggu.

Apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz ialah sebagai seorang Islam kita hendaklah sentiasa berusaha menuntut ilmu tak kiralah siapa kita. Ramai orang di luar sana yang mungkin ingin tahu tentang agama kita tetapi cukupkah ilmu kita untuk memberi maklumat serta hujah yang betul apabila ditanya.

Mungkin banyak lagi mesej tersirat yang ingin disampaikan, apa-apapun kita wajib bersyukur kerana dilahirkan dalam keturunan dan keluarga Islam.

Sama-samalah juga kita bermuhasabah diri adakah kita ini Islam disebabkan keturunan semata-mata?

“I did not come into contact with any Muslim before I embraced Islam. I read the Qur’an first and realized no person is perfect, Islam is perfect, and if we imitate the conduct of the Holy Prophet… we will be successful.” – Cat Stevens

Baca lagi: Bertemu Backpacker Remaja Berkopiah Dari Jepun, Inilah Yang Lelaki Ini Lakukan