Berikutan sambutan baik Warga Malaysia terhadap perkhidmatan Uber, Syarikat Uber kini telah memilih sebuah lagi destinasi baru untuk meluaskan jajahannya. Kini bermula 1 Disember 2016, perkhidmatan Uber telah diperluaskan ke Seremban.

Pemilihan Seremban sebagai tempat terbaru Uber hadir selepas syarikat ini beroperasi di beberapa buah bandar termasuk Kuching, Kota Kinabalu, Melaka dan Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

uber

Buat anda yang berada di Seremban dan ingin mencuba perkhidmatan Uber, anda boleh melakukannya seawal esok. Seperti biasa, tempahan perlu dibuat menggunakan aplikasi Uber manakala pembayaran secara tunai dan kad kredit antara yang disediakan buat pengguna.

Baca lagi: Meronda Sekitar Bali Kini Lebih Mudah Dengan UberTrip

Sumber