Misteri kehilangan pesawat MH370 nampaknya semakin pudar apabila pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) baru-baru ini telahpun mengesahkan serpihan yang dijumpai di Pulau Pemba, Tanzania pada 20 Jun yang lalu sah milik MH370.

Kenyataan ini turut dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Pengangkutan berikutan penemuan serpihan di Tanzania ini sah milik pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang pada 2014.

mh3702
Serpihan dijumpai mempunyai angka dan tarikh sah milik pesawat MH370

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, serpihan yang ditemui mengandungi angka dan tarikh mengesahkan ia milik pesawat 9M-MRO yang dibina pada 23 Januari 2002.

Pembuat Itali turut mengesahkan bahawa nombor baris 404 pesawat dihantar kepada Malaysia Airlines (MAS) didaftarkan sebagai 9M-MRO (MH370).

“Oleh itu, pakar telah membuat kesimpulan bahawa serpihan tersebut adalah dari pesawat 9M-MRO, juga dikenali sebagai MH370” katanya.

Datuk Seri Liow menjelaskan lagi, penyiasatan lanjut tentang penemuan serpihan ini akan diteruskan dengan harapan boleh membongkar dan memberi harapan baru terhadap penyiasatan MH370 ini.

Dalam satu kenyataan yang lain, ATSB telah berjaya mengenal pasti beberapa nombor bahagian bersama penampilan fizikal, dimensi, dan pembinaan yang disahkan sebagai kepingan serpihan flaperon pesawat Boeing 777.

Serpihan Itu sebelum ini dijumpai oleh nelayan tempatan sebelum diterbangkan ke Australia untuk dianalisa.

mh3702

mh3701

Sejak tahun lalu, beberapa serpihan yang dikaitkan dengan pesawat MH370 berjaya ditemui. Namun hanya bahagian flaperon sahaja dijumpai di Pulau Reunion yang telah disahkan milik MH370.

Boleh dikatakan pesawat MH370 masih gagal ditemui walaupu operasi secara besar-besaran pernah dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat yang dipercayai bersemadinya pesawat tersebut.

Sumber