Jika Uber merupakan personal assistant anda untuk mendapatkan kereta, begitu juga dengan JetSmarter. Cumanya syarikat ini tampak lebih cool apabila mampu menyediakan private jet.

Menggunakan tagline ‘Fastest Growing Private Jet Company In World’, syarikat yang bermula secara startup di Florida ini berjaya mendapatkan bantuan pelabur untuk memperluaskan servis mereka.

Lebih menarik, pelabur terbaru mereka merupakan artis kenamaan iaitu Jay Z serta turut dibantu oleh keluarga diraja Saudi. Untung JetSmarter, siap dapat free marketing daripada media lagi.

Untuk pengetahuan anda, Jay Z juga merupakan salah seorang pelabur pada aplikasi penstriman muzik Tidal. Malangnya, aplikasi tersebut gagal mengaut keutungan berikutan persaingan bersama aplikasi Spotify.

Berdasarkan pengumuman terbaru CEO JetSmarter, pelaburan $105 juta yang diterima ini bakal membolehkan syarikat ini memperluaskan servis mereka ke Asia dan Amerika Latin. Syarikat ini juga berhasrat untuk menambah laluan baru kepada lebih banyak tempat.

Setakat ini, syarikat ini sudah berjaya menawarkan lebih 50 laluan dan dijangka bakal memperluaskan sehingga 100 laluan baru diakhir 2017 ini. Dengan penawaran servis untuk menempah sebuah kapal terbang atau secara kongsi, dijangka aplikasi ini bakal memudahkan mereka yang mahu terbang dengan mewah dan mudah.

Sumber