Siti Noor Radiah telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara final lompat jauh T20 di sukan Paralimpik Rio.

Siti yang berusia 22 tahun membuat lompatan sejauh 5.20m di percubaan ketiganya semalam dan memecahkan rekod peribadi beliau sebelum ini, 5.10m. Pemenang pingat emas menjadi milik atlet Croatia, Mikela Ristoski yang membuat lompatan 5.79m manakala pingat perak milik atlet Poland, Koralina Kucharczyk dengan jarak 5.55m.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya satu pencapaian yang baik buat Siti Radiah kerana beliau mendapat saingan dari ramai atlet hebat dalam acara ini. “Ianya sangat payah kerana Siti Radiah berdepan saingan yang hebat. Kami tahu beliau boleh memecahkan rekod peribadi beliau tetapi untuk memenangi pingat, ianya menjadi lebih bermakna,” kata ketua jurulatih R. Jaganathan.

Sumbangan pingat gangsa oleh Radiah itu menjadikan jumlah pingat bagi Paralimpik Rio 2016 sebanyak empat setakat ini; 3 emas dan 1 gangsa. Pingat gangsa ini umpama ‘hadiah’ Radiah sempena Hari Malaysia. Tahniah Siti Radiah!

Sumber