SKMM atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akhirnya telah mengeluarkan laporan mengenai ujian penilaian internet daripada beberapa telco terkemuka.

Ujian yang dijalankan sepanjang 11 bulan bermula Januari 2016 sehingga November 2016 akan mengikuti beberapa kriteria bagi menetapkan syarikat telekomunikasi manakah yang merupakan telco terpantas di Malaysia.

Menerusi laporan yang dikeluarkan, Maxis secara purata berjaya menguasai 5 daripada 6 zon di Malaysia dengan capaian internet terlaju. 5 zon yang dikuasai Maxis meliputi zon utara, selatan, pantai timur, Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, meskipun Maxis merupakan juara di majoriti tempat di Malaysia, Syarikat telco ini gagal untuk menguasai zon terbanyak pengguna di Malaysia iaitu Lembah Klang. Celcom berjaya hadir sebagai telco terpantas di sekitar Lembah Klang dengan download speed sekitar 24 Mbit/s diikuti Maxis dengan 21 Mbit/s.

Laporan ujian kepantasan di Lembah Klang

Buat anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laporan SKMM berdasarkan telco yang terdapat di Malaysia, anda boleh layari muat-turun Laporan Prestasi Telco Malaysia 2016 di sini.

Adakah anda berpuas hati dengan laporan yang dikeluarkan SKMM ini? Kongsikan pendapat anda mengenai telco yang digunakan berdasarkan lokasi dikawasan anda.

Sumber