Pelancaran iPhone terbaru mungkin berbaki 10 bulan sebelum dilancarkan. Walaubagaimanapun, ura-ura mengenai Apple iPhone terbaru sudah banyak yang didedahkan.

Terbaru, Apple dijangka akan hadir dengan smartphone skrin lengkung hasil kerjasama dengan Sharp. Cool juga kalau Apple mahu mengeluarkan iPhone tanpa bezel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
SHARP Display

Dilaporkan Apple juga tidak lagi akan menggunakan paparan LED pada iPhone terbaru sebaliknya bakal beralih kepada OLED seperti Samsung dan Xiaomi. Penggunaan OLED bakal membolehkan Apple iPhone menghasilkan paparan yang lebih terang, jelas dan menjimatkan bateri.

Lebih menarik, OLED tidak lagi memerlukan backlight display membolehkan Apple menghasilkan ‘thinner and lighter’ iPhone. Walaubagaimanapun, rekabentuk Apple iPhone masih belum ‘terbocor’ setakat ini. Kami tidak sabar menantikan bagaimana Apple akan menggabungkan kesemua teknologi ini.

Kehadiran Apple iPhone terbaru dengan skrin lengkung bakal memberi saingan buat Samsung S8 Edge yang juga bakal terlancarkan pada tahun hadapan. Buat penggemar smartphone, smartphone manakah yang anda nantikan pada tahun hadapan. Adakah Samsung atau Apple?

Sumber