Berita yang kurang baik buat pengguna telefon pintar yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 dan Snapdragon 801. Pocketnow melaporkan kedua-dua cip ini tidak akan menerima sokongan Android terbaru iaitu Android Nougat.

maxresdefault

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

LG Nexus 5, LG G3, HTC One M8 dan Samsung Galaxy S5 antara yang tersenarai untuk tidak mendapat sokongan Android terbaru ini. Walaubagaimanapun, mungkin sudah tibanya untuk pengeluar telefon pintar tidak menyediakan update terbaru atas dua sebab utama.

Telefon tersebut sudahpun berumur lebih 24 bulan seterusnya tidak mewajibkan telefon-telefon ini mendapatkan update terbaru. Selain itu, mungkin juga ini teknik pemasaran syarikat telefon pintar untuk mendesak pengguna mendapatkan telefon dengan model terbaru.

Buat pengguna telefon dengan chipset ini jangan kecewa. Melihatkan kepada model-model telefon seperti LG Nexus 4 dan Galaxy S3 yang masih mendapat custom rom terbaru, kami jangkakan perkara yang sama akan berlaku buat telefon-telefon flagship yang lain.

Sumber