Pada tarikh 28 Jun, sekitar 1,814 kilograms makanan, peralatan kamera dan scientific gadgetry menghujani ruang udara Florida.

https://www.youtube.com/watch?v=I6bsvH9qKJ0

Selepas 2 minit penerbangan roket tanpa manusia, roket syarikat swasta Falcon 9 ini berkecai, mengakibatkan terhasilnya kepulan asap putih bahan api dan serpihan. Tidak lama selepas itu, Ketua Pegawai Eksekutif Musk mengeluarkan kenyataan di Twitter, menjelaskan kenapa kemalangan ini berlaku.

Antara kargo yang musnah adalah kamera resolusi tinggi yang akan digunakan untuk mengkaji tahi bintang, peralatan untuk mengkaji kehidupan mikrob di dalam ISS dan makanan serta bahan api untuk anak-anak kapal stesen angkasa lepas ( jangan bimbang, bekalan makanan yang sedia ada mampu bertahan sehingga bulan oktober, penerbangan seterusnya adalah 3 julai).

Kemalangan ini secara tidak langsung memusnahkan harapan SpaceX untuk melanjutkan misi menghasilkan teknologi roket yang boleh digunakan semula. SpaceX mempunyai kontrak bersama NASA sebanyak $1.6 billion (£1bn) iaitu menerbangkan sekurang-kurangnya 12 roket bekalan kargo tanpa manusia ke stesen angkasa ISS. 6 penerbangan sebelum ini berjalan dengan lancar.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram