Masih ingatkah anda sewaktu zaman kegemilangan Nokia. Nokia yang sentiasa dianggap legend pastinya Nokia 3310. Pelbagai nama samaran telah diterima oleh telefon ini daripada Orang Malaysia kita. Rasanya tak tertulis kalau nak disenaraikan. Tidak dilupakan juga telefon Nokia ‘Butterfly’ dan ‘Sabun’.

Untuk menceritakan tentang penjualan, boleh dikatakan hampir setiap individu menggunakan Nokia tanpa mengira kategori hanya kerana ‘telefon Nokia tahan lasak’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, penjualan telefon Nokia mulai jatuh saat mereka tetap ego dengan perubahan teknologi. Kesannya, sistem operasi mereka seperti Meego OS tidak berjaya menarik minat pengguna sebaliknya pengguna lebih selesa dengan Android. Sebuah platform yang sebolehnya Nokia mahu elakkan.

Nokia's Chief Executive Rajeev Suri addresses a press conference at the Nokia head offices in Espoo, Finland, on April 17, 2015.    AFP PHOTO / LEHTIKUVA / Markku Ulander *** FINLAND OUT ***        (Photo credit should read MARKKU ULANDER/AFP/Getty Images)

Pada tahun ini, menerusi pengurusan baru, Nokia mengesahkan mereka bakal melancarkan 3 atau 4 telefon pintar baru dan akan mula dijual seawal tahun depan. Berpegang kepada prinsip ‘if you can’t beat them, join them’, Nokia pada kali ini bakal melancarkan kesemua telefon pintar mereka pada platform Android.

Apa yang lebih menarik Nokia menjanjikan 2 daripada telefon keluaran mereka adalah telefon premium atau dalam erti kata lain kategori flagship. Menerusi ura-ura spesifikasi telefon Nokia terbaru, ternyata Nokia bukan sekadar mahu mengisi kekosongan market Android.

Penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 820, RAM 4 GB/6 GB, paparan skrin 5.5-inci QHD OLED serta Android 7.0 Nougat antara yang dinyatakan. Apa yang membuatkan kami teruja adalah penggunaan kamera 22.6MP camera. Jika anda sering mengikuti perkembangan ‘cameraphone’ pasti anda merindui betapa rancaknya persaingan diantara Nokia Carl Zeiss dan Sony Cybershot suatu ketika dahulu.

dsc05536

Kami harap Nokia mampu bersaing bersama telefon-telefon jenama yang lain. Untuk menjadi yang the best smartphone mungkin agak sukar namun setidaknya untuk bersaing di dalam kategori kamera sudah cukup memuaskan hati kami.

Adakah Nokia mampu sekali lagi bersaing di dalam arena telefon Android? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Tidak sah rasanya untuk menceritakan tentang Nokia tanpa sebarang #throwback tentang telefon ‘legend’ Nokia suatu ketika dahulu.

nokia_legend