Keromantisan pasangan mantan presiden dan isterinya ini diakui umum sehingga kisah kehidupan mereka difilemkan di dalam Habibie & Ainun selepas sang suami membukukan kisah mereka. Malah, Bunga Citra Lestari yang membawakan watak isteri di dalam filem tersebut menyatakan dia dapat belajar banyak ilmu mengenai kehidupan, bagaimana untuk mencintai suami dan keluarga melalui sosok Ainun.

B.J. Habibie atau Bacharuddin Jusuf Habibie merupakan seorang jurutera yang diangkat menjadi Presiden Indonesia selama 10 tahun sejak 1998. Manakala, Ainun atau Hasri Ainun Besari pula seorang doktor perubatan yang dikahwini Habibie sejak 1962 sehinggalah pasangan ini dipisahkan dengan kematian Ainun pada Mei 2010.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya berkeyakinan Ainun ini dilahirkan untuk saya dan saya untuk Ainun.

Semenjak itu, Habibie menjadikan lawatan ke kubur isterinya itu sebagai rutin di dalam kehidupannya. Habibie yang suka berkongsi rasa cinta terhadap isterinya itu menulis dengan indah di dalam novel Habibie & Ainun. Lebih membanggakan, filem cinta mereka yang diadaptasi daripada novel itu menjadi sebuah karya cinta agung yang mencapai kejayaan besar di dalam industri perfileman Indonesia pada 2012.

Ini temubual Habibie disisi kuburan isteri:

“Saya berkeyakinan Ainun ini dilahirkan untuk saya dan saya untuk Ainun.”…”Ketika saya bertemu Ainun pertama kalinya… Saya rasakan getaran jiwa. Saya itu menjadi uncontrolled… Ya, dub dab dub dab (di hati ini)… sampai sekarang.”

Rahsia Cinta Habibie dan Ainun

“Getaran itu kerna antara Ainun dan saya, antara dua, saya yakin bahawa tiap insan tiap manusia itu dipersiapkan untuk menemui jodohnya. Bagaimana cara bertemunya, tiap manusia memilik cara sendiri. Itu keindahan dari sesuatu. Jadi, tiap manusia itu memiliki yang namanya gula Jawanya. Bagaimana gula Jawa?

Ya, dua insan itu bertemu, momentum itu episod itu tiap manusia ada.” balas Habibie apabila ditanyakan tentang rasa getaran cinta yang dirasainya sehingga kini.

Kredit: kotakpostiara.blogspot.com
Kredit: kotakpostiara.blogspot.com

Kata-kata itu membuatkan wartawan tersebut berasa kagum dan mahu tahu rahsia perhubungan Habibie dan Ainun memandangkan generasi zaman sekarang seolah-olah seperti mudah cepat bosan walaupun telah bernikah.

“Rahsianya di mana rahsia antara Ainun dan saya itu tidak ada rahsia. Kerna setiap orang mempunyai sejarah sejak lahirnya. Kerna itu waktu saya ketemu satu kata-kata yang satu-satunya saya sampaikan kepada Ainun.”

Inilah kata-kata cinta Habibie buat Ainun sewaktu mereka di awal perkenalan dulu. Sungguh dalam maknanya.

“Masa lampaumu adalah milikmu, masa lampau saya adalah milik saya. Tapi masa depan kita mulai sekarang adalah kita bersama-sama. Tidak boleh ada sesuatu halangan antara kita memberikan informasi yang kurang jelas, tiada rahsia. Terimalah saya ini sebagai apa ada denganya dan jadikan saya suami yang kamu idam-idamkan. Tetapi berikanlah saya kesempatan untuk menerima kamu sebagai apa adanya, tapi berikan saya kesempatan untuk menjadikan kamu isteri saya yang diidam-idamkan.”

Kredit: commons.wikimedia.org
Kredit: commons.wikimedia.org

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Ilham Akbar Habibie dan Thareq Kemal Habibie.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram