Saya memang peminat Mario sejak dari permainan Donkey Kong lagi. Nampaknya Mario, jejaka pujaan ramai kini sudah boleh dimuat turun untuk telefon pintar anda! Tetapi hanya untuk iPhone buat masa ini. Sorry Android users.

Ini merupakan permainan Super Mario pertama untuk iPhone dan iPad. Cara permainannya pun sangat mudah dan sama seperti permainan Mario yang sebelum ini. Anda akan melalui sesi tutorial dahulu untuk biasakan diri anda dengan permainan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Owh, untuk permainan ini anda perlu sentiasa online kerana setiap level, anda perlu tunggu untuk ianya loading. Tetapi itu bukan masalah besar kerana permainan ini sungguh fun! Sebahagian permainan ini adalah percuma dan jika anda mahu bermain sehingga level yang lebih tinggi, anda perlu membuat bayaran one-off sebanyak USD9.99 (Lebih kurang RM44).

Para pengguna iPhone dan iPad, anda boleh muat turun sekarang permainan video ini dan bagi pengguna Android, bersabarlah kerana Nintendo masih belum mengeluarkan tarikh bila permainan video ini akan available untuk peranti Android.

Sumber