Bagi siapa yang membesar dengan komik Dragon Ball, Yuyu Hakusho, Misteri Naga dan Dr.Slump, anda perlu tahu syarikat yang bertanggungjawab menerjemah komik-komik ini ke dalam bahasa Malaysia, COMICS HOUSE kini telah gulung tikar.

Saya sangat sedih dengan berita ini kerana masih teringat ketika di bangku sekolah, saya akan seludup buku Dr.Slump dan Dragon Ball ke sekolah untuk baca ketika waktu rehat. Malah, saya juga ada membuat pertukaran dengan rakan sekelas untuk baca manga lain keluaran COMICS HOUSE. Seronok betul ketika itu. COMICS HOUSE memang berjasa sebab ketika kecil dahulu, rata-rata kita tak ada internet dan memang susah untuk dapat membaca komik selain dari medium buku komik.

One Piece
One Piece
Mutiara Naga (Dragon Quest)
Mutiara Naga (Dragon Quest)
Dr. Slump
Dr. Slump
Yu Yu Hakusho
Yu Yu Hakusho
Antara terjemahan Dragon Ball dalam bahasa Malaysia
Antara terjemahan Dragon Ball dalam bahasa Malaysia

Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, ramai anak-anak muda yang lebih gemar membaca komik secara online dan ini nyata memberi kesan kepada syarikat-syarikat terjemahan tempatan dan semestinya COMICS HOUSE terkesan dengan perubahan cara anak muda membaca ketika ini. Sudah tidak ramai yang membeli komik keluaran COMICS HOUSE dan disebabkan kos operasi yang semakin meningkat, COMICS HOUSE mengambil keputusan untuk menghentikan operasi.

Tamatlah sudah legasi COMICS HOUSE kini. COMICS HOUSE turut mengeluarkan jilid One Piece. Jadi ia tidak akan diteruskan dan sekarang ini stuck pada jilid 81 walaupun manga One Piece masih berjalan di Jepun. Thank you COMICS HOUSE. Terima kasih kerana menceriakan kami ketika zaman persekolahan dahulu. Anda ada memori manis bersama komik keluaran COMICS HOUSE dahulu? Boleh kongsi di ruangan komen.

Dan adakah anda masih simpan manga Mutiara Naga dari jilid 1 hingga 43? Kalau ya tahniah. Simpan ia untuk tatapan anak cucu anda nanti. Anda boleh baca juga tulisan saudara Pawi bercerita tentang kesusahan COMICS HOUSE untuk bertahan dalam situasi kini di sini. R.I.P COMICS HOUSE *Manly tear*

mutiara-naga

tri-last