Pendedahan: Kami berkolaborasi dengan Tadika ABS dalam mempromosikan rangkaian Tadika ABS (Ainon Business School) kepada pengusaha pengusaha tadika dan ibu bapa di Malaysia. Kami sangat memilih dengan siapa kami mahu berkolaborasi dan kami akan sentiasa berterus terang kepada anda terlebih dahulu.

Rangkaian Tadika ABS telah bermula pada 2014 dengan 23 buah tadika, kini memasuki 2015 dengan 83 buah tadika. Peningkatan mendadak sebanyak 400% ini menjadikan rangkaian Tadika ABS antara rangkaian tadika yang paling pantas berkembang di Malaysia. Di bawah kami sediakan cerita bagaimana idea rangkaian Tadika ABS bermula. Read on..

Bagaimana rangkaian Tadika ABS ini bermula?

Semuanya bermula pada tahun 2013, apabila seorang nenek usahawan tua, puan Ainon Mohd dibantu oleh seorang bekas pekerja korporat dan bekas usahawan yang tidak begitu berjaya dan beberapa anak muda memulakan sebuah syarikat, PTS HIR consulting. Matlamat asalnya untuk beri khidmat nasihat bisnes kepada orang ramai.

Seorang pengusaha 7 buah tadika yang sangat penat dan kurang motivasi selepas 12 tahun membangunkan bisnesnya pergi mendapatkan khidmat mereka untuk bisnes keduanya, modul sains kanak-kanak. Harapannya agar bisnes ini tidak menjadi seperti bisnes sebelumnya. Lambat berkembang dan sangat memenatkan. Pengusaha ini terdetik minta nasihat selepas membaca wall posting usahawan tua itu.

“Sebagai pembina bisnes, kita ini hanya bina bisnes itu. Untuk kerja rutin, kita ada staf yang kita hire untuk jalankan kerja-kerja kita. Hinggalah sampai satu masa, kita perlu hire seorang MBA untuk meneruskan bisnes pertama. Jadi kita boleh beralih ke bisnes kita kedua.” – Posting Facebook daripada Puan Ainon ini tergiang-giang di telinga pengusaha itu.

Dua orang strategist dihantar oleh Puan Ainon setelah pengusaha tersebut mengirimkan mesej mengadu tentang masalah yang dihadapinya. Seterusnya, dua hari sesi bisnes coaching diadakan termasuklah belajar tentang Business Model Canvas dan sistem Ghanimah. Penstrukturan semula telah dijalankan termasuk penurunan kuasa, perkenalan sistem Ghanimah dengan fokus bisnes yang lebih jelas.

Selepas pulang dari bercuti, pengusaha itu tergamam apabila tadikanya beroperasi lebih bagus tanpa kehadiran dia.

“Cara tadika itu dipersiapkan lebih baik dari saya handle sendiri!”

Pengusaha itu dijemput menyertai PTS HIR consulting (kini dikenali ABS consulting) untuk beri khidmat nasihat kepada pengusaha tadika yang lain. Tujuannya agar lebih banyak tadika dapat diuruskan dengan lebih baik dan berkembang maju dengan cara pengurusan ala korporat.

Hinggalah pada satu hari, pertemuan bersama beberapa pengusaha tadika lain mendedahkan banyak pengusaha dibebani dengan kerja-kerja rutin hingga mengabaikan tugas utama mereka. Isu tipikal yang mereka hadapi.

“Sekiranyalah kita boleh ambil burden pengurusan itu supaya tadika fokus buat marketing dan beri perkhidmatan terbaik & berkualiti untuk ibu bapa.” Puan Ainon tiba-tiba beri cadangan.

Semua terdiam. Tidak pernah dilakukan orang idea ini. Beberapa siri perbincangan berjalan yang akhirnya konsep pengurusan berpusat dan open partnership dilihat mampu mengambil alih beban pengusaha dan mengurangkan kos perbelanjaan tadika dengan berkongsi sumber.

“Kita buka tadika sendiri lah. Senang.”

“Tadika nama apa?”

“Tadika ABS lah! Tadika Ainon Business School?”

“Jadi modul di tadika ini mesti ada modul keusahawanan.” sambung Puan Ainon dengan yakin.

Dan semua mata tertumpu kepada seorang financial planner.

tadika abs

Kini, Modul Kelab ‘Araf, sebuah modul keusahawan lahir hasil inspirasi dari hartawan Abdul Rahman bin ‘Auf. B untuk diajarkan ilmu duit dan dunia bisnes kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun.

Nota: Pendaftaran Rangkaian Tadika ABS masih dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, manakala hari Sabtu pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Sebarang pertanyaan hubungi 011-3290 9393 atau 03-41012376 untuk maklumat lanjut.