Nota Editor: Terima kasih kepada Tuan Hafizal Ahlan, seorang juruukur dan pelabur hartanah, kerana sudi menulis dan berkongsi penulisan ini di The Vocket. Semoga penulisan ini mengubah persepsi masyarakat tentang Tanah Rizab Melayu. Ikuti lebih banyak tip urus, jual, dan beli tanah di Facebook beliau di sini.

Rizab Melayu.. Rizab Melayulah.. Asalkan Tanah

  1. Hari ini saya nak kongsi pula dengan saudara pasal Tanah Rizab Melayu.

  2. Untuk makluman saudara, Tanah Rizab Melayu ini, hanya untuk orang Melayu sahaja.

  3. Kumpulan ini sahaja yang boleh beli – pajak, gadai tanah ini. Bangsa-bangsa lain yang bukan Melayu tak boleh miliki tanah jenis ini.

    tanah1
    Urus tanah wakaf sehingga selesai. Hafizal Ahlan
  4. Cuma sekarang nii kan, bila sebut je Tanah Rizab Melayu, ramai yang fikir..

  5. ..tanah ni tak ada value lah. Murahlah. Nak jual susah lah. Nak loan bank leceh lah. Dan macam-macam lagilah.

  6. Keadaan ini berlaku sebab kadar kenaikan nilai Tanah Rizab Melayu agak perlahan kalau dibandingkan dengan tanah freehold.

  7. Tambahan pula, pasaran Tanah Rizab Melayu pulak terhad kepada orang Melayu sahaja.

  8. Akibatnya, permintaan dan penawaran atas Tanah Rizab Melayu ini, agak terbatas.

  9. Tapi.. saya agak kurang setuju dengan pandangan ini.

    tanah2
    Budi bicara dalam urusan tanah. Hafizal Ahlan
  10. Cuba saudara buat survey sikit:

  11. Berapa ramai orang Melayu yang masih tinggal di flat-flat di Lembah Klang?

  12. Berapa ramai orang Melayu yang masih tinggal di apartment dan kondo di Lembah Klang?

  13. Berapa ramai pula orang Melayu yang masih tinggal di taman-taman perumahan. Yang luas rumah mereka sekitar 20×70 atau 18×65.

  14. Berapa ramai pula orang Melayu yang dah habis belajar, berhijrah datang ke Lembah Klang setiap tahun?

  15. Saya percaya, jumlah dia, amat ramai saudara.

    tanah3
    Berbaloi ke uruskan tanah? Hafizal Ahlan
  16. Soalnya, takkan mereka selama-lamanya nak tinggal di tempat macam ini. Satu hari nanti, mereka mesti nak upgrade.

  17. Rumah yang lebih luas sikit, ada halaman rumah, landed property. Harga pula, berpatutan.

  18. Jadi.. di mana mereka nak beli tanah yang murah sikit tu saudara?

  19. Bagi mereka yang banyak duit, mereka boleh beli semi D, banglo. Tempat yang best-best, yang harga dia jutaan ringgit.

  20. Tapi bagi mereka yang sederhana ni, macam mana?

  21. Saya percaya, Tanah Rizab Melayulah, tempat yang paling sesuai.

    tanah4
    Pastikan tanah ada rizab jalan. Hafizal Ahlan
  22. Sebab dikelilingi dengan jiran-jiran Melayu. Lepas tu, boleh pergi masjid sama-sama dan mengaji sama-sama.

  23. Dari segi lokasi pulak, banyak Tanah Rizab Melayu sekarang ini, lokasi dia dah bagus. Lengkap dengan semua kemudahan. Macam jalan tar, longkang, bekalan elektrik dan bekalan air.

  24. Dikelilingi pula oleh taman-taman perumahan.

  25. Cuba saudara tengok harga Tanah Rizab Melayu di Bangi, Kajang, Sungai Penchala, Gombak, Jalan Kebun, Dengkil, Keramat, Kampung Baru Kuala Lumpur. Wowowow, boleh tahan juga!

  26. Dari segi harga pulak sekarang ini, rumah teres dua tingkat 20×70 di Kuala Lumpur dan Selangor, ramai pemaju jual, paling tidak pun, sekitar RM550 ribu seunit.

  27. Kalau kita buat rumah sendiri, atas Tanah Rizab Melayu, RM550 ribu tu boleh dapat banglo setingkat, saudara.

  28. Selain itu, Tanah Rizab Melayu pun, sekarang ini, boleh OD (overdraf). Boleh cagar di bank, refinance. Pendek kata, senang juga kalau hendak dicairkan.

  29. Jadi, isu loan, isu pinjaman.. tak ada masalah.

  30. Saya amat percaya, tak lama lagi, bila harga rumah landed naik mendadak-mendadak, dan harga itu sampai tahap, tak munasabah..

    tanah5
    Buat sempadan tanah dengan tiang. Hafizal Ahlan
  31. ..gerenti waktu itu, permintaan Tanah Rizab Melayu juga akan naik, saudara.

  32. Orang Melayu akan beralih arah. Beli Tanah Rizab Melayu disebabkan harga dia yang jauh lebih murah berbanding rumah biasa.

  33. Yakinlah, akan datang bagi mereka yang ada tanah di Lembah Klang, yang ada geran individu, walaupun seekar, semuanya akan tersenyum lebar.

  34. Oklah saudara.. Salam..

BACA: 10 Soal Jawab Anda Kena Tahu Sebelum Jual Beli Tanah Lot

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: Meneroka Peluang Baru Hartanah Melalui Crowd Funding

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber