Sejak dari hari pertama pengumuman harga Freedom 251 yang berpangkalan di India ini, pelbagai spekulasi yang diterima oleh syarikat ini. Mana tidaknya, telefon pintar Freedom 251 ini bakal dijual dengan harga serendah $4 USD. Sangatlah tidak logik membandingkan harga sebiji Big Mac juga lebih mahal berbanding sebuah telefon pintar.

Freedom-251-images

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdapat beberapa info yang mengatakan Syarikat Freedom menerima dana daripada beberapa pihak membolehkan telefon pintar ini dijual dengan harga yang begitu rendah. Kemungkinan juga harga yang diumumkan sekadar gimik untuk mendapat perhatian dunia. Ternyata segalanya nyata apabila Syarikat ini bakal menyasarkan jualan 200,000 unit apabila mula dijual 30 Jun ini.

Dengan spesifikasi yang ditawarkan, sememangnya agak mengejutkan untuk mendapati syarikat bakal membuat keuntungan. Menggunakan cip pemprosesan 1.3 GHz quad-core, beserta 1 GB RAM jelas menunjukkan telefon pintar ini sudah cukup baik untuk digunakan pada kategori low-spec. Berdasarkan review, paparan skrin 4-inci Freedom 251 tidak begitu teruk dengan resolusi 960×540.

freedom

CEO kepada Freedom mengatakan syarikat beliau masih di dalam fasa menanggung rugi ketika ini dan bakal membuat keuntungan sejurus selepas batch pertama dijual. Pastinya bilangan kuantiti yang dijual bakal menentukan syarikat ini.

Jika benar apa yang diperkatakan oleh CEO syarikat Freedom, tidak hairanlah syarikat-syarikat pengeluar telefon yang lain berjaya membuat keuntungan berganda setiap tahun berdasarkan harga jual yang lebih tinggi.

Sumber