Pertama kali melihat terapi ini, saya fikir ini mungkin tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Tambahan pula selepas mendapat tahu terapi ini memaksa diri dibungkus dan dibiarkan selama 20 minit. Lama betul, boleh bengkok badan rasanya!

Tetapi ternyata saya bersangka terlalu awal tanpa belum pernah mencuba, betul orang kata ‘belum cuba belum tahu’. Teknik terapi ini dipanggil Otonamaki, dimana anda akan dibungkus dengan rapat sehingga sukar bergerak dan dibiarkan selama 20 minit kekal di dalam posisi seperti ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun kelihatan agak pelik dan mengerikan, tetapi terapi ini kini jadi semakin popular di Jepun. Ia dikatakan boleh mengurangkan masalah postur dan kekejangan otot. Terapi Otonamaki asalnya diilhamkan dari amalan Ohinamaki, di mana bayi dibalut dengan kain dengan cara yang sama untuk membantu dalam tumbesaran fizikal mereka.

Setiap sesi Otonamaki dijalankan sekitar 20 minit dengan menggunakan kain tipis bagi memudahkan pernafasan. Menurut salah seorang pelanggan yang pernah mencuba terapi ini mengakui, meskipun nampak sempit ia sebenarnya sangat selesa. Malah bahu dan belakang tubuh rasa lebih selesa selepas menjalani sesi tersebut.

Namun, Encik Visvanathan Ravi, ahli fisioterapi kanan di Hallmark Physiotherapy, berkata jika seseorang berada di dalam kedudukan seperti itu lebih dari 30 minit, ia akan mengakibatkan masalah tulang belakang.

Apapun, jika anda berminat tidak salah untuk mencubanya. Tetapi pastikan anda sudah bersedia dengan apa yang bakal berlaku nanti. Nak tahu macam mana badan anda dibungkus? Lihat video di bawah:

Sumber