Di awal minggu ini, disahkan Tesla Model S secara rasminya telah dijual di Malaysia dibawah edaran Greentech Malaysia. Melihat kepada permintaan yang tinggi model kereta keluaran mereka di serata dunia, Tesla pada hari ini mengesahkan mereka bakal mendapatkan sebuah syarikat kejuteraan automotif jerman iaitu Grohmann Engineering.

tesla-giga349_0

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sesuai dengan misi mereka untuk menyediakan sebuah kereta elektrik dengan harga berpatutan, mendapatkan Grohmann Engineering bakal memberikan mereka peluang untuk merelisasikannya berdasarkan jumlah pengeluaran unit yang banyak.

Elon Musk yang sememangnya popular dengan idea kretif dan inovasi menyifatkan mendapatkan Grohmann EngineeringĀ sebagai ‘machine that builds the machine’ dimana merupakan langkah buat Tesla untuk meningkatkan bukan sahaja kuantiti malah kualiti model kereta yang dihasilkan. Cool!

2013%2f12%2f09%2fd0%2fteslamodels-a8862

tesla-model-s-p85d-interior

Berdasarkan permintaan tinggi daripada U.S dan serata negara lain, dijangka Grohmann engineering bakal membantu syarikat Tesla untuk meningkatkan pengeluaran daripada 100,000 unit kepada 500,000. Kemungkinan juga kita akan lebih mudah dapat melihat model kereta Tesla di atas jalan raya di Malaysia.

Dalam pada itu, Syarikat Tesla juga terlibat di dalam pelaburan sebanyak $2.6 Billion bersama syarikat SolarCity yang juga memiliki CEO yang sama iaitu Elon Musk. Gabungan kedua-dua syarikat ini bakal menyediakan sebuah panel solar serta ‘powerbank’ terbaik buat kelengkapan elektrik rumah.

2014%2f06%2f17%2ff9%2felonmusksol-64a5d
Good Job Elon