Dwayne Johnson atau lebih unggul dikenali dengan panggilan ‘The Rock’, pelakon dan ahli gusti terkenal ini dikatakan bakal mengikuti jejak Donald Trump dan akan mencalonkan dirinya sebagai Presiden Amerika pada tahun 2020.

Selepas mencapai kejayaan yang baik dalam dunia hiburan, terkini The Rock mahu cuba nasib terjun di dalam dunia politik pula. Ketika mempromosikan filem Disney ‘Moana’ yang dibintanginya baru-baru ni, Dwayne mengaku untuk mempertimbangkan dirinya sebagai calon presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020 nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan setakat mahu tawan gelanggang sahaja, malah rumah putih juga!. ‘Saya mempunyai kebolehan merangsang orang lain dalam cara positif dan terus menolak mereka ke hadapan, dalam masa yang sama saya ‘menolak’ diri sendiri , kerana setiap hari saya walk the talk, dan itu pada saya, adalah satu kualiti diri yang penting.’ kata Dwayne.

Ini bukan kali pertama Dwayne membuat kenyataan untuk mencalonkan dirinya sebagai Presiden AS, sebelum ini Dwayne kerap juga memuat naik status di laman sosial berkenaan isu yang sama.

Adakah impian The Rock untuk menjadi Presiden Amerik Syarikat pada umurnya 48 tahun akan tercapai? Sama-sama kita lihat.

If you smell…. what The Rock is cooking.

Sumber