Adakah anda rasa rumah anda selamat dari sebarang ancaman? Adakah anda memerlukan sebuah rekaan rumah yang boleh menghalang sebarang serangan dari luar dan zombie? The Safe House adalah jawapan untuk persoalan anda ini.

The Safe House adalah rekaan pereka Robert Konieczny dari firma KWK Promes berpengkalan di Poland. Rumah ini direka supaya pemilik rumah ini boleh survive dari segala ancaman luar. Bagaimana untuk membuatkan rumah itu selamat? Dengan menjadikan rumah itu dibina sepenuhnya dengan dinding konkrit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

bunk-1

Setiap tingkap rumah ini dilengkapi dengan dinding konkrit mudah alih berfungsi sebagai penutup tingkap jika diperlukan. Panel dinding konkrit ini pastinya sangat berat untuk ditutup secara manual. Tetapi tidak perlu risau kerana ianya boleh ditutup dengan menggunakan remote control.

Rumah ini juga dilengkapi shutter roller untuk menutup bahagian depan rumah. Jadi anda pastinya akan terselamat jika berlakunya serangan zombie di masa akan datang.

The Safe House turut mendapat pencalonan World Architecture Festival Award di atas rekaan dan fungsi rumah ini yang lain dari yang lain. Sememangnya rumah untuk anda yang sentiasa rasa tidak selamat dengan dunia luar. Boleh ke laman KWK Promes untuk melihat rekaan rumah yang lain oleh firma ini.

bunk-3

bunk-4

bunk-5

bunk-6

bunk-7

bunk-8

bunk-9

bunk-10

bunk-11

bunk-12

bunk-13