Nota Editor: Artikel asal ini telah dipetik daripada status Facebook Tuan Muhamad Iqbal Hafifi. Dengan izin beliau, kami akan kongsikan kepada anda tip-tip membeli 3 buah rumah dalam tempoh 16 bulan walaupun hanya makan gaji. Ia realistik dan boleh dibuat kerana tip-tip ini telah dipraktikkan oleh Tuan Muhamad Iqbal sendiri yang baru berusia 25 tahun. Semoga dengan perkongsian ini akan ada lebih ramai orang muda memiliki rumah pertama dan seterusnya. Semoga bermanfaat.

Baca: 17 Soalan Merungkai Rahsia Pemuda Makan Gaji Mampu Beli 3 Buah Rumah Semasa 16 Bulan Bekerja

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

RUMAH KEDUA

Assalamualaikum.

Saya akan sambung dengan pembelian rumah kedua di Mesahill @ Nilai.

Sebelum saya beli rumah kedua, terdapat beberapa perkara berlaku.

1. Gaji saya naik kepada RM2,950 (Net RM2,600++).

2. Saya berhenti buat sublet, side income saya berkurang RM200 dan expenses naik, saya terpaksa sewa bilik RM250 sebulan (termasuk unifi dan bil). Loss RM450.

3. Saya beli kereta untuk dipajakan. Income RM1,050, instalment RM531.

4. Saya belanja seperti normal dan tidak lagi ikat perut kerana ada lebihan income dari kereta sewa.

5. Pada bulan 11, saya apply loan untuk rumah Lagoon Perdana. Harga rumah RM165,000 dan bank value RM210,000. Deposit 3% deal dengan owner. Hanya CIXB boleh bagi loan disebabkan developer problem. Loan reject sebab saya baru sahaja dapat loan rumah dan kereta dengan bank yang sama dalam masa 6 bulan (high risk). Tak cukup ilmu, main redah.

6. Saya hidup di zaman “kegemilangan” ETA ketika itu, niat ada untuk join tapi masih dilindungi oleh Nya.

Apartment Mesahill @ Nilai

Harga rumah: RM169,000++ (RM152,000++ selepas developer discount)
Loan: RM152,000++ (100%)
Legal fee developer tanggung.
Booking: RM3,000 (Refundable)

Pengiraan DSR:

Komitment : RM321 (Rumah pertama) + RM531 (Kereta) + RM885 (Rumah kedua) = RM1,737
Gaji bersih : RM2,600
DSR : RM1,737/RM2,600 = 66.81%

Note: Pengiraan DSR adalah berdasarkan saya punya calculation, mungkin bank kira lain walaupun loan tetap lulus.

Berdasarkan DSR, loan masih boleh lulus. Manakala faktor lain yang saya jaga adalah seperti CCRIS yang cantik, bank statement yang cantik, documentation yang lengkap dan yang paling penting, banker yang sudi membantu dan advise saya untuk permohonan pinjaman.

Ketika apply loan, income dari kereta sewa tidak diterima oleh bank kerana saya tidak ada document yang lengkap untuk dibuktikan. Ilmu baru belajar.

Saya mohon ketiga-tiga bank (MBXB,Maxbank dan Affix bank).

Untuk projek rumah ni, hanya MBXB boleh bagi 90% loan manakala yang lain hanya 85%.

Walaupun interest rate dan monthly instalment agak tinggi, saya tiada pilihan (tiada modal).

Kenapa pilih projek Mesahill?

1. Kos permulaan yang rendah, hanya RM3,000

2. Kawasan tumpuan untuk student, sebelah dengan Manipal University. Sewa semasa adalah RM800 – RM900 untuk unit basic di sekitar. Untuk naikkan sewa rumah, boleh belajar dengan pakar ID (interior design)

3. Harga masih lagi di bawah kemampuan saya dan risiko jika tiada penyewa juga masih di dalam kawalan gaji semasa.

4. Pembangunan di kawasan sekitar yang cepat. (Contoh: Commercial area developed by Sime Darby , banyak university dll). Semua info saya dapat dari online forum.

5. Jika Maxbank adalah panel untuk sesuatu projek perumahan tu, bermakna projek itu adalah projek yang safe dan strong. Betul ke? Boleh sesiapa bagi advise? Saya tidak dapat buktikan fakta tersebut kerana kekurangan research.

6. Developer past project di Shah Alam.
Ketika beli rumah ini, saya masih lagi baru dalam projek under construction, jadi research tidaklah secara menyeluruh atau terperinci. (high risk)

Itu sahaja untuk perkongsian rumah kedua. Rasanya tidak ada masalah atau issue yang besar dalam proses pemilikan terutama macam mana loan boleh lepas.

Jika ada pertanyaan berkenaan rumah kedua ini, boleh komen dan InsyaAllah saya akan cuba reply.

Rumah ketiga kemudian.

BELANJA RM400 SEBULAN

Berdasarkan post rumah pertama, ramai yang tanya, cukup ke RM400 sebulan?

Saya memang tidak mampu untuk tulis setiap detail perbelanjaan, Cuma cara saya adalah:

1.Saya memang ada NIAT dan OBJEKTIF untuk hanya menggunakan RM400 sebagai perbelanjaan sebulan. Tanpa niat dan objektif, saya mungkin akan berbelanja mengikut hawa nafsu dan selera semasa tanpa ada tujuan dan juga saya tidak akan tahu mana duit saya HILANG.

2. Jika dulu sebagai pelajar sekolah, saya boleh isi nasi goreng dalam polistrin banyak-banyak dan kongsi dengan kawan, kenapa masa kerja saya tidak boleh buat. Jika dulu sebagai pelajar universiti saya boleh makan nasi dan telur ketika duduk rumah sewa, kenapa masa kerja saya tidak boleh buat. Nasi Bujang?

3. Masak mampu jimat banyak. Bawa bekal dari rumah. Belajar masak, walaupun simple. Hampir setiap Ahad saya akan pergi ke Econsave untuk survey harga barang yang murah.

4. NEKAD. Sanggup ke “puasa” 3 bulan untuk dapatkan sebuah rumah? Saya sanggup. Lepas loan rumah dah lulus, enjoy la puas-puas sebagai self-reward.

5. Nak jimat lagi? Puasa Isnin dan Khamis, developer launching project biasanya ada makan free. Ilmu dapat, makan pun dapat.

6. Monitor perbelanjaan kita setiap hari, jika tidak mampu, monitor setiap minggu. Penting untuk tahu ke mana duit kita belanja dan mana belanja yang boleh kita adjust.

7. Beli buku rujukan atau pergi ke seminar seperti Seminar Pengurusan Kewangan

Sekian. Talk is always cheap, only without knowledge.

Baca: Bahagian 1 – Tip Beli 3 Buah Rumah Dalam Tempoh 16 Bulan Oleh Pemuda Makan Gaji
Baca: Bahagian 2 – Tip Beli Rumah Pertama Oleh Pemuda Bergaji RM2400
Baca: Bahagian 3 – Tip Beli Rumah Kedua Oleh Pemuda Yang Berjaya Beli 3 Buah Rumah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram