Bismillah.

Tips ke Perth, Western Australia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai suka tips #21, tuan puan suka tips yang mana?

1. Cadangan masa

Minima 7 hari untuk melawat Perth dan kawasan berhampiran (itupun sebenarnya tak cukup).

Itu pun jika cuaca baik, semasa kami di sana ada satu hari hujan sepanjang hari tetapi Alhamdulillah sempat juga menyelit-nyelit ke Rockingham walaupun hujan gerimis, berhenti, gerimis balik.

Cakap pada hati: Hujan Rahmat ini, Allah beri hujan di negara orang untuk dapat Rahmat.

2. Tempat menarik

Banyak tempat menarik di Perth untuk dilawati. Memandangkan kami datang bersama anakanda-anakanda syurga (8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun) kami memilih tempat-tempat yang mempunyai aktiviti untuk anak-anak sedangkan di Perth banyak tempat scenery yang cantik untuk photography.

Antaranya:

a. Rockingham – Penguin Island & Sea Lion

Penguin Island, Rockingham
Penguin Island, Rockingham

Boleh mandi air sangat jernih.

Pasir juga halus.

Ada meja-meja disediakan untuk piknik (jadi jika bawa bekal boleh piknik di sini).

Juga dikenali sebagai bird sanctuary – jadi memang banyak tahi burung.

Penguin Island, Rockingham
Penguin Island, Rockingham
Penguin Centre
Penguin Centre
Rockingham 1 hour from City
Rockingham 1 hour from City

Rockingham
Rockingham

Pulau yang sangat bersih.

1 jam perjalanan dari City menggunakan kereta.

b. Fremantle

Di Fremantle banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti:

  • Fremantle Prison
  • Fremantle Market – menjual art & craft, buah-buahan segar, dan lain-lain
  • E-Shed (tempat untuk shopping) – disarankan kedai Megabes atau Aussin harga lebih murah daripada kedai di City.
    Hanya buka Jumaat & weekend sahaja. Jika tak sempat boleh berkunjung ke kilangnya di Malaga (berdekatan dengan airport).
  • Jangan lupa makan di Fish & Chips di Kaili’s (seafood halal).
  • Pantai – Di sini ada juga pantai cantik untuk melihat matahari terbenam tetapi tidak sesuai untuk mandi sebab Fremantle ini adalah pelabuhan seperti Port Dickson / Port Klang.

30 minit perjalanan menggunakan kereta dari City.

c. Caversham Wildlife

Koala asik tidur sahaja
Koala asik tidur sahaja

Must visit place! Best sangat! Kanggaro ada sangat banyak dan boleh sentuh juga ada koala, wombat dan lain-lain.

Ada farm show.

Ada sesi terhad meet wombat and friends (ada yang boleh pegang ada yang tak).

30 min perjalanan menggunakan kereta dari City.

Satu jalan ke Lancelin.

Jumping-jumping like kangaroo
Jumping-jumping like kangaroo
Jumping-jumping like kangaroo
Jumping-jumping like kangaroo

d. Lancelin

Sandboarding Lancelin, 2 hours from city
Sandboarding Lancelin, 2 hours from city

Subhanallah, di sinilah aktiviti sandboarding boleh dilakukan.

Pasir yang sangat halus dan pemandangan cantik sangat!

Sewa board di Kedai Lucky 7 depan depan lagi dari petrol hanya $10 untuk 3 jam (based on Google review) tapi kami dah tersewa di station minyak $20 untuk 2/3 jam memandangkan kami datang masa Easter holiday banyak kedai tutup.

Time kami datang matahari sangat terik tetapi windy dan sejuk.

Bawa goggle (swimming) atau spek hitam kerana pasirnya sangat halus dan putih kuning sangat ringan.

Jadi bila angin bertiup boleh jadi seperti ribut angin kecil dan boleh masuk mata.

Jika bawa anak kecil mereka akan mengamuk atau menangis apabila pasir masuk mata.

Perjalanan 2 jam dari City.

Lancelin, sandboarding 2 hours from city, pasir halus2 dinasihatkan membawa goggle or speck mata
Lancelin, sandboarding 2 hours from city, pasir halus2 dinasihatkan membawa goggle or speck mata
Abg Hazieq enjoy!! Turun naik bukit pasir with full of energy. Walau ditiup angin pasir ke mata, tidak dihiraukan. Daddy Faizal Hassan Jr
Abg Hazieq enjoy!! Turun naik bukit pasir with full of energy. Walau ditiup angin pasir ke mata, tidak dihiraukan. Daddy Faizal Hassan Jr
Percubaan turun slide bukit pasir with anakanda syurga
Percubaan turun slide bukit pasir with anakanda syurga

e. Dalam perjalanan ke Lancelin ada beberapa spot yang menarik, antaranya:

Moore River sanctuary, pertemuan muara sungai dan laut
Moore River sanctuary, pertemuan muara sungai dan laut
Moore River Beach, ombak besar, pantai yang cantik..
Moore River Beach, ombak besar, pantai yang cantik..
  • Yanchep National Park dan Yanchep Beach
  • Moore River Sanctuary (Beach) – Pertemuan Sungai & Laut yang sangat cantik. Pantai cantik, tapi ombak sangat kuat. Boleh main di gigi air dan pantai.
  • Pinnacle, bentuk muka bumi yang sangat unik. Cantik untuk photography.

f. Harbour Town – Factory Outlet, macam JPO

Baju kanak-kanak Pumpkin Patch di sini sangat berbaloi, saya jumpa seluar kanak-kanak dengan harga $10 kemudian beli barang kedua jatuh 50%. Contoh 2 seluar berharga $10/each, saya membayar hanya $15 berbanding sepatutnya $20.

Tapi kami tak sempat shopping lama, masa kurang dan tak sempat cover semua tempat di Harbour Town.

Terletak di bandar.

g. Ada lagi tempat menarik yang kami tak Cover seperti Kings Park, Swan Valley, Mandurah dan Albany (di sini banyak sangat tempat-tempat cantik, jauh dari bandar, bagus untuk bermalam).

3. Jika sewa kereta

Sewa kereta 7 hari ada harga diskaun serendah $25 sehari.

Caj ini tidak termasuk kerusi kereta kanak-kanak (wajib untuk anak-anak 0-7 tahun) dan wajib pakai tali pinggang keledar sepanjang masa.

Boleh guna lesen Malaysia yang baru yang ada Bahasa Inggeris.

Minyak berubah-ubah harga mengikut kawasan dan masa. Kawasan bandar lebih murah daripada luar bandar. Weekend lebih murah daripada weekdays.

Bajet minyak kami untuk 5 hari dalam $100 sahaja dengan perjalanan sejauh Lancelin.

3rd party insurance – Tidak termasuk dalam harga sewa.

Caj-caj lain boleh minta maklumbalas daripada kedai car rental.

Car rental selalunya minta bond seperti deposit dalam $400, akan dipulangkan. Dicadangkan nego minta bayar tunai sebab boleh dapat bond sejurus kembalikan kereta. Jika caj kad kredit ada cerita sampai 1 bulan masih tak dapat refund.

Jika pergi jauh elok ada GPS, kadang-kadang Waze tak ada coverage dan bateri hp cepat habis.

4. Jangan lupa aktifkan kad kredit/ debit untuk kegunaan luar negara.

5. Beli barang-barang makanan seperti snek/ telur/ air mineral di pasaraya seperti Coles, KMart, IGA, Big W akan jimat banyak.

6. Corelle sangat murah di sini lebih 50% lebih rendah daripada harga di Malaysia setelah convert. Cadangan beli di Belmont Forum (dibuka sehingga jam 9 malam). 15-20 minit dari City.

7. Kedai-kedai kebanyakannya hanya dibuka sehingga 5 petang sahaja.

8. Subuh awal sekitar 5 pagi dan Maghrib sekitar 6 lebih akan gelap. Plan waktu solat.

9. Toilet tiada air. Bawa bekas air mineral just in case.

10. Beli $300 dari kedai yang sama boleh claim 10% di airport. Lokasi kaunter di pemeriksaan imigresen ke 2.

11. Surprise

Jika mahu buat surprise birthday untuk orang tersayang, cuba sahaja requestcomplimentary dari hotel.

Dalam kes kami dapat surprise complimentary halal chocolate dari Hotel dengan wordings.

12. Penerbangan

Lego RM2.50 bekal dalam flight untuk anakanda syurga
Lego RM2.50 bekal dalam flight untuk anakanda syurga
Lego RM2.50 bekal dalam flight untuk anakanda syurga
Lego RM2.50 bekal dalam flight untuk anakanda syurga

Perjalanan dari KL ke Perth mengambil masa 5 jam 35 min. Bawa mainan kecil / buku aktiviti untuk anak-anak syurga supaya mereka tak bosan dalam penerbangan.

13. Berjalan dengan anak kecil sangat mencabar.

Peraturan diingatkan sebelum keluar, semasa keluar berkali-kali. Contoh: Hanya boleh beli mainan tidak lebih $10 dollar seorang.

14. Visa

Dapatkan visa ke Aussie secara online dengan email kepada [email protected] hanya RM20 seorang berbanding apply di Aussie Imigresen jika tak silap AU$20 (RM60) seorang.

15. Bawa periuk nasi kecil

Periuk Nasi beli di Aeon Big mid valley RM95, size kecil je kami masuk dlm check in luggage...
Periuk Nasi beli di Aeon Big mid valley RM95, size kecil je kami masuk dlm check in luggage…

Bawa periuk nasi kecil banyak menjimatkan perbelanjaan untuk makan kerana makan agak mahal (jika convertlah) hehe..

Di imigresen sewaktu dapat borang masuk Aussie tu declare sahaja semua barang-barang makanan.

Banyakkan membaca “Robbi Yasir Walla Tuasir”.

Rezeki baik, imegresen tak check dan lepaskan kesemuanya dan Alhamdulillah time kami anjing pun tiada.

Kalau tak pun pi supermarket seperti Coles, IGA beli telur, roti, buat sandwich / scramble egg pagi-pagi.

Buah-buahan sangat fresh!

Nota: Duduk Aussie tiap-tiap hari masak, sampai Hubby Darling pun breakfast minta nak makan nasi.

16. Internet

Beli Optus Simcard di Airport, hanya AU$2 sehari untuk data 500MB/day unlimited local SMS and call.

17. Hotel / Accomodation

Memandangkan saya dtg sekeluarga, rezki kami pilih hotel di bandar walaupun standard biasa tapi dapat double beds (queen bed x 2) sangat selesa dengan rate yang sangat berpatutan macam harga hotel Malaysia sahaja lepas di convert!

18. Jalan-jalan di City tak perlukan kereta sewa. Ada free CAT bus.

19. Tambang teksi ke hotel di City lebih kurang $35-60 berbanding naik bas lebih kurang $13/family pass tetapi kena transit dulu ke Domestic Terminal.

20. Travel insurans

Boleh beli travel insurans yang akan cover luggage / accident di negara orang dari airlines kita atau third party insurance, selalunya third party lebih murah. Cuba Google or tanya travel agent.

21. Beli insurans dengan Allah

Ini diajar oleh Guru Alquran saya, Dr Nadiyah. Sebelum travel, sedekahlah seikhlas hati kepada anak yatim ke, hadiah kepada ibubapa ke dan lain-lain minta mereka doakan keselamatan kita pergi dan pulang dan urusan kita dipermudahkan.

22. Kebanyakan hotel di City tak sediakan parking.

Boleh parking diWilson car park atau street parking (tak semua) kebanyakannya percuma lebih kurang jam 6 petang – 8 pagi. Please check the nearest parking denganfrontliner di hotel.

Parking hari Ahad percuma.

23. Bawalah Alquran kecil terjemahan.

Dalam flight boleh baca terjemahan Al-quran. You will be amazed kalau start baca straight terjemahan sahaja ayat demi ayat (baca Bahasa Melayu sahaja ibarat novel) sehingga ralit nanti.

24. Aussie Accent.

Good day – Sebut: Gud dai
How are you – Sebut: How r you doing Sir/Madam?
Plate – Sebut: Plait
Name – Sebut: Naiimm
Australia – Sebut: Straya
Sure- Sebut: Shore

25. Untuk penginapan lebih murah boleh duduk di Malaysia Hall Perth atau book from airbnb.com.

26. Universal traveller adapter jangan lupa bawa, beli di Mr DIY kurang daripada RM10.

Jika ada lagi tip tambahan saya akan edit entry ini.

Dibenarkan untuk share seandainya bermanfaat.

Apakah maklumat ini bermanfaat buat sahabat-sahabat semua?

Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad.