‘Rumahku, syurgaku’ itulah yang dipegang kuat oleh pasangan muda ini sehingga si isteri, Cik Atenn Azlan nekad menghiaskan dalaman rumah menjadi sebegini cantik dan indah walaupun ia sebuah rumah flat yang disewa. Cik Atenn mahu mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah buat suami tercintanya, Amer.

“Selalu share deco rumah orang, harini nak share deco rumah sendiri pulak. Biarlah tak cantik macam rumah orang lain pun. Hehe. Selamat datang ke rumahku syurgaku,” tulis Cik Atenn Azlan di Facebook.

deko 00

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ruang Tamu

deko 02

deko 03

deko 04

Ruang Makan

deko 01

Dapur

deko 05

deko 06

deko 07

deko 08

deko 09

Tip Hias Rumah

1. Tetapkan konsep dekorasi sebelum mula menghias dan membeli barang hiasan.

Aten nak buat macam tema cafe hipster. hehe tapi tak jadi sangat. Ada juga tiru cara Ikea sikit.

2. Fahami konsep dekorasi yang mahu diketengahkan di dalam hiasan dalaman rumah.

Sebab Aten suka deko macam tu. Fresh je, comel, simple, minimalis dan tak perlu guna barang mewah.

3. Pilih kedai yang menawarkan banyak pilihan produk dan harga murah.

Barang dari Ikea merangkumi 80% dari keseluruhan hiasan dalaman. Tapi pilih yang murah-murah harganya.

4. Susun strategi bagaimana mahu dapatkan harga murah.

Aten decide nak kerja kat Ikea masa study hari tu. Buat part time (sebab) staf dapat harga discount 15%.

5. Jana pendapatan tambahan tanpa mengganggu kewangan keluarga untuk hias rumah.

Aten buat prsonal shopper sekali. Tolong amik upah belikan barang untuk orang.

6. Anggap hias rumah ini satu pelaburan buat diri dan keluarga.

Semuanya (wang tambahan) untuk rumah sebab Aten teringin nak ada rumah yang selesa dan cantik.

Sebab Aten tengok rumah mak mertua Aten cantik dan kemas. Dan suami Aten pun suka rumah yang cantik. Aten nak pikat suami supaya tak keluar rumah dengan rumah yang cantik.

Dia pun ada cakap yang dia lagi suka duk dalam rumah berbanding keluar rumah yang setiap langkah banyak guna duit.

7. Deko rumah berperingkat-peringkat dan tidak perlu mengikut sudut demi sudut.

Kumpul sikit-sikit bukan beli sekali harung (sekaligus)… Beli secara random.

8. Bandingkan harga bagi jenis kategori produk yang sama.

Tak (bandingkan kedai dengan kedai). Bandingkan barang sesama Ikea. Pilih pinggan yang lebih murah, shelf yang lebih murah, bunga yang lebih murah.

Sumber