Hari ini saya ingin kongsikan trip saya ke Fortune Island, Batangas Filipina kerana ramai betul yang tertarik dan bertanyakan saya cara untuk ke sini.

Untuk makluman anda, Fortune Island terletak kira-kira 3 jam daripada bandar Manila.

Kenapa saya nak ke sini? Perancangan asalnya, kami akan ke Manila sahaja (sebab beli tiket murah AirAsia) tapi memandangkan rata-rata orang mengatakan Manila tidak best. Ada juga yang bertanya kenapa tidak pergi ke pantai seperti Boracay atau Cebu yang terkenal dengan pantai yang indah, kami pun rasa menyesal.

Jadi, kami gigih Google untuk mencari pantai yang terdekat dengan Manila yang tidak perlu naik kapal terbang. Kami ingin berjimat, dan sudah tentu harga tiket ke sana akan melambung tinggi di saat-saat akhir.

Kelebihan Fortune Island adalah pulau ini seakan ada kesan peninggalan zaman Greek, dari seni binanya. Memang cantik, air pun jernih, sesuai untuk sesi fotografi.

Fortune Island ini juga merupakan pulau yang ditinggalkan (abandoned). Satu ketika dahulu pulau ini terkenal dengan resortnya, namun telah musnah oleh ribut Typhoon.

Pembinaan semula resort ini menelan kos yang tinggi. Oleh itu kerajaan Filipina mengambil keputusan untuk tidak membangunkannya semula atas alasan tidak berbaloi.

Di bawah ini saya nak kongsikan pelbagai cara ke Fortune Island dari Manila :

CARA 1 : NAIK BAS DARI MANILA KE NASUGBU

Terdapat beberapa syarikat bas ke Nasugbu Batangas, di Cubao, Pasay dan Buendia berhampiran stesen LRT. Masa perjalanan antara 2 -3 jam bergantung kepada kesesakan lalu lintas.

Biasanya syarikat bas akan bertolak awal iaitu dalam pukul 3 pagi untuk mengelakkan trafik jam (trafik di sana memang teruk). Tambang bas 200php sehala.

Turun di bandar Nasugbu, berhampiran dengan Jollibee (restoran macam KFC), nanti ramai ejen yang akan menghampiri anda untuk tawarkan pakej Fortune Island mereka. Bolehlah pilih pakej yang anda rasa paling murah.

Kemudian naik Tricycle (motor tiga roda), dan teruskan ke Barangay Wawa. Tambang tricycle PHP 10.00 seorang.

Apabila tiba di resort, anda perlu menaiki bot pula. Masa ni kena pandai tawar-menawar. Harga sewa bot dari 4000 – 6000 php (harga untuk 1 bot) trip 1 hari atau 2 hari (semalaman).

Perjalanan bot pula dalam 1 hingga 1.5 jam, bergantung pada ombak. Bot boleh memuatkan 10-15 orang. Jadi, saya nasihatkan anda datang dalam jumlah yang ramai. Jikalau pergi seorang atas dua tiga orang, agak mahal nak kena bayar.

CARA 2 : IKUTI PAKEJ

Saya lebih suka sarankan anda ikut pakej yang bolehdicari di Facebook. Sebab tidak perlu pening-peningkan kepala untuk kumpul seramai 10 orang untuk harga murah.

Tetapi, jikalau anda mengembara dalam 1 kumpulan, sudah tentu dipersilakan. Kami hanya mengikuti pakej kerana mahu mengurangkan risiko untuk ditipu. Di Filipina kemungkinan untuk ditipu sangat tinggi sewaktu naik bas, tricycle, teksi dan Jeepney.

Anda boleh mencari di Facebook ‘Fortune Island Day Trip’. Terdapat banyak pakej yang disediakan. Pakej kami sudah termasuk van dari Manila dan bot ke Fortune Island, untuk pergi dan balik. Siap ada makan tengahari percuma!

Berikut contoh itinerari pakej kami untuk rujukan :

Itinerari ini termasuk:

Van Transfer-Manila-Nasugbu-Manila
Bot transfer
Island Entrance Fee
Makan tengahari dalam pakej
Air
Ais
Caj pemandu
Bayaran makan untuk pemandu

Itinerari:
3:00am waktu perjumpaan di Shell Gas Station Julia Vargas Ave. Pasig City (dekat SM Hypermarket/Tiendesitas)
3:30am – ETD ke Nasugbu
6:00am – tiba di Kaybiang Tunnel
6:30am – menuju ke port Nasugbu
7:30am – bot transfer to fortune island
8:30am – tiba di Fortune island
9:30-11:45am- masa bersiar di pantai
12pm – makan tengahari
1-3pm – menjelajah pulau, Swimming,Snorkeling,Cliff Jumping
4:00pm – bertolak tinggalkan Fortune Island
5:00pm – tiba port
6:00pm – bertolak ke Manila
9:00pm –  tiba di Manila

Total kami perlu bayar hanyalah 1500 PHP seorang, iaitu kurang daripada RM 150.

Baca: 33 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Pulau Boracay, Filipina

PENGEMBARAAN KE PULAU FORTUNE

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-1

Pada 4 Jun 2016, pukul 2 pagi, kami sudah bangun dan menyiapkan bekal, iaitu sandwich.

Malam itu, kami bertolak ke Shell Julia Vargas, anda boleh je naik taxi atau Uber. Tambang dalam 125php. Bergantung pada cara anda pergi samada naik bas atau mengikuti pakej. Tapi disebabkan pakej kami titik perjumpaannya di Shell, maka kami perlu tunggu di situ.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-2

Shell di san ada banyak kedai makanan segera.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-3

Di atas tadi saya ada sebutkan mengenai Jollibee bukan? Ini lah Jollibee. Ala-ala KFC tetapi di sana lebih terkenal dengan Jollibee.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-4

Inilah shuttle bus / van yang kami naiki. Memuatkan dalam 17 orang. Keras kejung kaki saya! Dalam pukul 3.29 pagi, kami pun bertolak ke Nasugbu Batangas. Dalam 3 jam kemudian, kami tiba di sana sekitar 6.24 pagi. Ya Allah, pukul 6.30 dia ibarat pukul 7.30 pagi.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-5

Kat Nasugbu Batangas ni, kami berhenti jap. Yela kaki pun dah nak dekat cramp. Perut dah lapar, jadi berhenti dulu untuk sarapan. Sebab dalam itinerari, makan tengahari pukul 12. Baik makan siap-siap sebelum kebulur. Jadi perhentian kami ialah JOLLIBEE. Jollibee lagi. Kan dah cakap sini famous dengan Jolibee. Haha.

Sebab Jolibee ni hidangkan ayam (dan kita tak boleh makan sebab tak disembelih cara Islam) jadi makan je la sandwic yang kami bawa bekal. Dan boleh juga kalau nak makan kentang atau pancake dia.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-7

Inilah pemandangan di Nasugbu, Batangas, Filipina. Macam kampung-kampung sikit.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-8

Tadi saya ada menyebut tricycle dan pakej-pakej Fortune Island kan? Berdepan Jolibee di Nasugbu ni, terdapat banyak tricycle dan ejen yang tawarkan pakej ke Fortune Island. Jadi, kalau anda datang ke sini dengan bas, bolehlah teruskan perjalanan anda dengan menaiki tricycle ini. Harga 10 php sahaja. Dalam RM 1.

Tapi memandangkan kami ikut pakej, selepas makan kami cuma naik shuttle bus yang disediakan dan terus dihantar ke resort.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-18

Anda perlu naik tricycle sampai nampak kawasan berbuluh seperti ini. Dalam 10 minit perjalanan dari Jolibee tadi ke sini. Ada tulis ‘Welcome to Fortune Island Resort’.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-10

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-11

Kami kumpulkan duit untuk bayaran dan serahkan kepada pakcik boat. Kalau anda pergi sendiri, perlu tawar menawar dengan pakcik bot.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-13

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-14

Kami pun menuju ke bot kami. Ya Allah pantai dia, pasir hitam berkarat. Penuh sampah pula tu. Bot kami terletak di tengah-tengah lautan. Jadi nasihat saya, anda memakai baju renang siap-siap dari rumah kerana baju anda pasti akan basah kuyup.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-15

Bermula lah perjalanan kami selama sejam dengan menaiki bot. Apabila tiba di sana, saya agak kelira.Tengok jam baru pukul 8.30 pagi. Tapi terik matahari macam dah pukul 1 tengahari.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-16

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-17

Masa sampai tu memang saya teruja kerana airnya sangat jernih. Beza dengan sejam yang lepas di mana air dia hitam. Macam ala-ala Krabi jugalah air dia. Jernih. Kami pun mulakan jelajah melihat pulau Fortune. Memang cantik!

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-19 bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-20 bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-21

Nampak bangunan belakang itu? Tempat ini dulunya resort, tapi musnah dek typhoon.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-22

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-23

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-24

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-25

Memang betul cantik, tak tipu. Air dia memang biru. Terpesona kami melihatnya.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-26

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-27

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-28

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-29

Kami kemudiannya bermandi manda di air yang jernih.  Jika nak lihat coral dan ikan-ikan, boleh lah bawa set snorkeling.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-30

Ketua kumpulan kami Jhecka, sedang masak. Kami maklumkan kepada beliau orang Islam tidak boleh makan daging babi. Oleh itu, beliau sediakan makanan laut sahaja untuk kami.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-31

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-32

Kami makan sambil menghadap laut. Memang best sangat! Ini cara makan tradisi orang Filipina yang digelar ‘Boodle Fight’.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-33

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-34

Kami kemudiannya buat ‘cliff diving’ kerana terpesona melihat gambar-gambar dari Google. Untuk ke sini, anda harus menaiki tangga-tangga tadi dan kemudiannya turun ke bawah dengan tangga-tangga lain pula. Tangga dia agak curam jadi perlu berhati-hati.

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-35

bercuti-ke-pulau-fortune-filipina-36

Mengumpul kekuatan untuk terjun. Ombak dia agak tinggi. Mungkin sebab sudah petang. Jadi kalau nak diving, disarankan buat pagi-pagi sebab ombak dia tenang sikit.

Dalam pukul 4 petang, kami bertolak ke tanah besar semula dengan menaiki bot untuk ke Manila.

Baca lagi: Itinerari Dan Tips Travel Selama 3 Hari 2 Malam Ke Tasik Paling Jernih Di Dunia. Ia di Filipina