Nota Editor: Tip kembara ini telah diberikan oleh Khairul Naim, seorang doktor yang telah 6 tahun aktif mengembara ke serata dunia dan telah mengembara ke 49 negara. Trip ke negara balkan ini telah beliau lakukan pada bulan Mach yang lepas. Bajet RM3K ini meliputi penginapan, makan dan juga pengangkutan sewaktu di sana (tidak termasuk tiket kapal terbang).

Tip Dan Itinerari Ke Negara Balkan Dengan Bajet RM3K Selama 32 Hari

jelajah-balkan-2

Menghayati dan menyusuri keindahan bumi Balkan merupakan idaman saya sejak dari kecil lagi. Tertarik dengan kisah konflik perang di Balkan pada tahun 1992 membuatkan saya teruja untuk ke sana untuk melihat kesan akibat peristiwa berdarah tersebut.

Pada permulaannya rasa amat gementar, takut kerana amat kurang info yang boleh didapati di internet tetapi tetap saya gagahi jua.

Pengembaraan ini merangkumi 12 negara iaitu Czech Republik, Austria, Hungary, Slovenia, Croatia, Bosnia Herzegovina, Montenegro, Kosovo, Albania, Macedonia, Itali dan Bandar Vatican.

CZECH REPUBLIK

prague

Pengembaraan ini bermula dari London Stansted ke Prague yang mengambil masa selama 2 jam. Menggunakan perkhidmatan RYANAIR yang amat murah, dengan hanya harga tiket berharga GBP 29 (RM 164) membawa saya ke bumi Czech.

Di sana saya berjumpa dengan 3 warganegara Malaysia yang merupakan pelajar di Universiti Southampton (2 orang pelajar PhD dan 1 orang pelajar perubatan), kami yang tidak pernah mengenali satu sama lain tetiba menjadi kawan rapat.

Prague boleh dibahagikan kepada beberapa bandar seperti bandar Lesser, bandar baru, bandar lama dan juga Bandar Jewish (Yahudi).

prague-2

Be in prague, its magic land of stories.
Prague highlights:
Lesser town – Prague Castle, Royal Summer House, St Nicholas Church, Petrin
Old town– Old Town Square, Power Tower, Municipal House, National Museum.
And not to mention Gothic Chales Bridge that connect Lesser and Old Town.

Pada pandangan saya Prague amat cantik terutama pada waktu malam.

Selama 3 hari di sana, saya menginap di Hostel Riveire yang berharga sebanyak 60 EURO (RM 240) untuk 2 malam. Hostel ini amat stategik berdekatan dengan Jambatan Charles yang merupakan ikon di Prague dan menghubung bandar lama dan baru.

Makanan halal amat senang di dapat di Prague, tetapi saya menggunakan konsep memasak sendiri. Saya membeli telur, spageti dan sosej sebanyak RM15 untuk tiga hari . Saya ada juga membawa maggi dan sosej untuk menambahkan lagi rasa.

AUSTRIA

vienna-austria

Vienna merupakan bandar penuh dengan seni dan muzik. Mozart, Beethoven berasal dari sini. Merupakan ibu kota AUSTRIA.

Perjalanan dari Prague mengambil masa selama 3 jam keVienna. Sebaik-baiknya, tiket bus hendaklah di beli secara online. Harga tiket sehala adalah 15 EURO (RM 60).

Di Vienna saya saya tinggal di Hostel Ruthensteiner. Hostel ini amat stategik, sangat mudah untuk meneroka bandar Vienna. Harga hostel ini amat berpatutan sebanyak 16 EURO( RM 60)

Bagi pengemar muzik, Vienna tidak asing lagi bagi mereka kerana di sini lahirnya pemuzik terkenal Mozart. Tempat yang patut dilawati disini adalah seperti Schonbrunn Palace, Kunsthistorishes Museum, Museum of art, Parliament building, St Stephens cathedral , State opera, Hofburg Palace dan Vienna Museum .

Kebanyakkan tempat disini boleh berjalan sahaja untuk berjimat disamping dapat menikmati bandar Vienna. Walaubagaimanapun, perkhidmatan tram amat meluas disini.

Bagi orang islam, jangan risau disini banyak restaurant makanan halal. Tetapi bagi saya untuk menjimatkan kos saya membeli makanan mentah dalam 10 EURO (RM 40) untuk 3 hari.

HUNGARY

budhapest

No jokes!!! Budapest is a lovely and lively city to visit.
I left half of my heart here. After Amsterdam and Bern , I think this will be my favourite cities in Europe! Stunning beb. Music video that shot in Budapest like Firework by Katy Perry.

Bandar ke 3 yang saya pelopori adalah Budapest. Sungguh hati saya terpikat dengan Bandar ini sangat cantik sekali. Tidak hairanlah banyak stesen TV yang membuat pengambaran disini.

Perjalanan dari Vienna ke Budapest mengambil masa selama 3 jam dan berharga 16 EURO (RM 65). Pemandangan sepanjang perjalanan amat memukau mata memandang .

Selama 3 hari di Budapest saya menetap di Avenue Hostel Budapest yang berharga 30 EURO (RM 120). Hostel ini terletak berdekatan dengan station metro. Walaupun dari luaran hostel ini amat buruk tetapi di dalam sangat cantik.

Budapest adalah gabungan 2 bandar iaitu Buda dibahagian bukit dan Pest di bahagian downtown. Ia dihubungkan oleh jambatan yang diberi nama jambatan Chain .

Antara tempat menarik di Buda adalah Royal Palace, National Gallery, Matthias Church, Chain Bridge, Lions’ Courtyard, Hunyadi Garden, Savoyai Terrace, Liberaty Statute, Cave Church , Citadel Fortress, Historical Museum of Budapest, The Music Museum dan Museum Medieval Judaism

Antara tempat menarik di Pest adalah seperti Parliament Building, St Stephen’s Basilica, Jewish Museum, Jewish Quarter and Jewish Heritage Tour, State Opera House and Central Market Hall

Baca: Bagaimana Lelaki Ini ‘Hitchhike’ 9 Bulan Di Eropah Dan Lebih 2 Tahun Mengembara Tanpa Mempunyai Apa Apa

CROATIA

croatia-1

YOU SHOULD BE HERE!!! Tetiba lama dah tak guna ayat ni.

Untuk pasangan yang baru kahwin atau nak cari tempat honeymoon or nak celebrate anniversary, bila rasa London dah terlampau ramai orang. Datang la kesini. Pasti tak rugi. Antara bandar yang paling cantik sepanjang trip ni.

Dubrovnik dikenali sebangai Pearl of Adriatic. Dikeliling oleh lautan Adriatic yang menghijau (sukar dilupakan). Pernah di serang tentera Serbia dan Montenegro pada 1991, tetapi senibina nya masih lagi utuh.

Merupakan tempat persinggahan semasa zaman kerajaaan Uthmaniah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukakn disini antaranya island hoping, hiking, kayaking. Sangat recommend lahhh.

Selepas seminggu di Eropah Timur, Croatia merupakan Negara Balkan pertama yang saya lawati.

Setibanya di Zagreb selepas menempuh perjalanan keretapi selama 3 jam, saya begitu terpegun dengan bandar Zagreb yang sangat tenang seakan-akan bandar Perth di Australia.

Tambang dari Budapest ke Zagreb adalah sejumlah 32 EURO (RM 130). Nasihat saya beli lah tiket ketika berada di Hungary, kerana apa saya dapati laman web ini hanya boleh dilawati di Hungary sahaja.

Saya bermalam selama 2 malam di Hostel Mali Mark Zagreb yang berjumlah 152 HRM (RM 80)

Di sini saya melawat Stone Gate , Zagreb Cathedral, Kravavi Most, Strossmayer Promenade, Lotrscak Tower, GalerijaKloviceriDvaovi, St Mark Chruch dan juga Parliament.

Disini sekali lagi saya menambah stok makanan yang sudah semakin kurang. Saya berbelanja sebanyak  10 EURO (RM 40)

Pula merupakan bandar kedua saya lawati di Croatia, saya ke Pula dari Ljubjana. Perjalanan memakan masa selama 4 jam dan berharga 22 EURO (RM 84).

Di sini saya melawat The Arena of Pula, Temple of Augustus, Triumphal of Sergios, Floor Mosaic, City Palace, Gate of Hercules dan Double gate. Apa yang menarik semua tempat tempat tersebut adalah berdekat satu sama lain.

croatia-2

Untuk menjimatkan kos, saya mengambil bas malam ke kota Split. Perjalanan mengambil masa 8 jam dan tiba di sana pada awal pagi, tambang yang berharga 320 KUNA (RM 170).

Split merupakan bandar perlabuhan dan menjadi lokasi pengambaran beberapa buah filem. Jika ke sana pastikan anda hiking sampai ke puncak gunung di mana di sana anda boleh menikmati seluruh pemandangan Split.

Pada hari yang sama saya bergerak ke Bandar terakhir di Croatia iaitu Dubrovonik. Dubrovonik memang terkenal dengan pengambaran filem Games of Thrones.

Dari Split mengambil masa 5 jam ke sana, jika inginkan pemandangan cantik dari Lautan Andratik sila pilih tempat duduk di sebelah kanan. Tiket bas adalah berharga 125 KUNA ( RM 70).

Saya berada di Dubrovoni selama 2 malam dan bermalam di Hostel Villa Angellina yang terletak di Old Town , 270 KUNA( RM 150).

Di sini sekali lagi saya menambah stok makanan saya. Saya juga membeli makanan laut yang segar di Pasar Basah Split. Harganya amat murah.

Tempat tumpuan utama di sini adalah di Old town. Pastikan anda menikmati old town walk yang berharga 100 KUNA ( RM 60). Pada permulaan saya keberatan, tetapi sangat berbaloi.

Pastikan juga anda menikmati keindahan seluruh Dubrovnik dengan melawat Fort Bokar. Waktu matahari terbenam adalah waktu yang sesuai untuk ke sana.

Saya juga mengambil peluang ke Lokrum dengan menaiki feri selama setengah jam dari jeti Dubrovonik. Di sana terdapat Taman Negara yang sangat menarik dan masih dipelihara. Harga tambang feri adalah sebanyak 80 KUNA ( RM 50) pergi balik.

SLOVENIA

ljubljana

Ljubljana merupakan ibu negara Slovenia. Dari Zagreb memakan masa selama 2 ½ jam dengan menggunakan perkhidmatan bas untuk ke Ljubljana. Tambangnya berharga sebanyak 14 EURO( RM56).

Ljubjana sangat bersih, sungai yang sangat jernih tanpa satu pun sampah yang bertaburan.

Di sana saya bermalam di Hostel 24 selama 2 malam yang berharga 20 EURO (RM 80).

Keesokannya saya melawat Bleed. Perjalanan selama 1 ½ jam amat berbaloi. Seperti cerita fairytale, terdapat satu gereja yang dikelilingi tasik. Di atas bukit, Istana Bleed tersergam indah. Angsa- angsa keriangan berenang di tasik tersebut. Sangat menakjubkan. Tiket bas pergi balik adalah berharga 18 EURO (RM56.20).

Secara jujur, di sini makanan halal agak terhad.

BOSNIA HERZEGOVINA

bosnia

Monstar terletak di selatan BiH. Nama diambil sempena nama penjaga old bridge. Old bridge sangat popular kerana menjadi landmark untuk BiH yang dibina pada zaman kerajaan Otthmaniah. Kedudukan Monstar sangat stategik menghubungkan Adriatik dan bandar sumber mineral di BiH.pada tahun 1992, jambatan ini di bom oleh tentera Yugoslavia.

Selepas Dubrovonik, saya ke Mostar dengan menaiki bas yang berharga 120 KUNA( RM 67) . Di sini saya terpegun dengan keunikan Old Town.

Old bridge ( Stari Most) merupakan salah satu ikon negara ini. Dari segi sejarah, jambatan ini dibina oleh Kerajaan Ottoman pada kurun ke 16 dan diruntuhkan semasa Perang Croatia – Bosnia pada 9 November 1993.

Jambatan dibina kembali pada tahun 2004. Di sini saya tinggal di hostel yang berharga 20 MARK (RM 40) semalam.

sarajevo

Sarajevo amat popular di kalangan rakyat malaysia kerana peperangan pada 1991. Dari Monstar mengambil masa 3 jam ke sarajevo. Untuk sesiapa yang mempunyai masa yang lebih buleh mengunakan keretapi ke sana. Kerana pemandangan yang lebih cantik. Berbanding di Sarajevo, monstar lebih feeling.

Sarajevo pernah mengelola sukan Olimpik pada 1984 ketika bersama Yugoslavia.

Di sarajevo 80% penduduknya adalah Muslim. Terdapat 188 masjid disini. Setiap 100 rumah akan ada 1 masjid. Tujuannya untuk memudahkan penduduk pada musim sejuk kerana keadaan disana berbukit.

Bila tiba di sana terdapat banyak restoren McD Bila tnya receptionist ( obviously dia muslim) dia kata halal. So sangat excited sebab lama tak makan?
Bila sampai sana tanya balik waiter dia kata we dun serve pork , we have beef but its not halal. Oh ok. Just suck wifi je la.

Sehari di Monstar memang tidak mencukupi. Dari sini saya bergerak ke Sarajevo yang memakan masa selama 3 jam dengan menaiki bas, tambang 14 MARK (RM30). Selama 2 malam di sini, saya menginap di Hostel Inn yang terletak betul betul di Old Town. Harganya sangat murah cuma 24 EURO (RM 100).

Antara tempat yang menarik di sekitar Old Town adalah sepeti Bascarsija, Sarajevo war tunnel, City Hall, Eternal Flame dan Gazi mosque.

Makanan halal amat senang didapati di sini. Jangan lupa cuba burek dan cevapcici jika ke sini. Di Sarajevo saya sekali lagi membeli stok makanan.

Saya mengambil sehari tour ke Jajce dan Travnik yang berharga 60 EURO (RM 250) amat berbaloi.

MONTENEGRO

bay-of-kotor

MONTENEGRO- BAY OF KOTOR

Kalau dengar nama ni pasti nak ketawa, tapi seriously negara ni kaya dengan gunung yang sangat cantik sesuai untuk pencinta hiking, biking atau suka outdoor.

Sewaktu di stesyen bas Podgorida terjumpa dengan mak cik Jepun yang kad ATM tertelan kat mesin. Pernah beberapa kali orang minta duit semasa travel. Tahun lepas di Changi Airport, ada lelaki dari Indonesia dia kata terlepas flight sebab overslept. So dia nak minta jasa baik nak duit. Sebab terfikir kalau jadi kat diri sendiri macam mana. So bagilah SGD 20.

Lepas tu bila fikir balik cite pak cik tu tak logik. Last month kat London ada perempuan menagis kat depan hostel dia cakap kad kredit dia ada problem. So nak pakai duit, bagitau dia tak de cash dia cakap ATM dekat so pergi ATM bagi £10. Dia nak £20 sebenarnya. Siap ambil number phone cakap nak bayar tapi nan hadoo. Lepas tu memang tekad kalau ada orang nak duit tak nak bagi dah banyak kali terkena.

Dari Sarajevo saya ke Kotor. Sebenarnya tiada bas terus dari Sarajevo ke Kotor hendaklah singgah ke Podgorica.

Perjalanan dari Sarajevo Timur ke Podgorica mengambil masa selama 8 jam dan untuk ke Kotor mengambil masa selama 2 jam. Bas dari Podgorica ke Kotor mempunyai kekerapan satu jam setiap satu dan berharga 14 EURO( RM 60) .

Antara tempat menarik di Kotor adalah seperti Kotor old city, city wall, Kotor castle dan San Giovanni. Untuk mendaki city wall , 2 EURO tiket masuk hendaklah di bayar. Jika anda ingin mendaki secara percuma, anda boleh menggunakan jalan belakang.

kotor

Hostel Montenegro merupakan tempat penginapan saya selama semalam yang berharga 7 EURO (RM30)

Di negara ini juga saya menaiki bas ke Budva yang terletak 1 jam perjalanan dari Kotor. Budva atau lebih dikenali sebagai mini Dubrovnik sememangnya mempunyai pantai yang cantik seperti Place Beach dan Jaz Beach, Old town, City Wall dan Ballet dance statue.

Untuk menjimatkan kos, saya menaiki bas malam ke Pristina yang berharga 18 EURO (RM 75)

KOSOVO

kosovo

kosovo-2

Kosovo baru saja mendapat kemerdekanan dari Serbia pada Feb 2008. Saya sempat berbual dengan guide dia berkata dalam usaha damai ini usa banyak membantu terutama dalam memujuk NATO.

Jadi tidak hairan lah di Pristina terdapat banyak bendera USA dan memonument pempimpin USA. Pristine merupakan bandar yang paling baru di Eropah. Semua bangunan nae baru-baru. 90% adalah Muslim. Majority penduduk kosovo adalah berusia 26 tahun kebawah kerana ramai telah berhijrah. Berbanding pristina, pristine lebih banyak tempat yang boleh di kunjungi.

Kosovo merupakan negara yang baru merdeka pada tahun 2008 dan Pristina merupakan ibu Negara Pristina. Saya berada disini cuma setengah hari.

Disini saya ke Decani Monastery yang merupakan tapak warisan dunia.

Di Pristina, anda tidak perlu risau kerana hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam.

Jika mempunyai lebih masa boleh lah ke Prizen kerana terdapat banyak tempat menarik di situ.

MACEDONIA

ohrid-4

Ohrid memang berbaloi untuk di lawati. 3 jam dari Skopje akan tiba di bandar Struga. Dari Struga dalam 15 min ke Ohrid. Satu bandar yang tak pernah ada dalam kamus. Tetapi sangat-sangat cantik dan dikenali sebagai Jureselam of Balkans sebab terdapat 365 gereja di bandar kecil ini. Juga popular untuk wedding shooting

Dari Pristina saya ke ibu negara Macedonia iaitu Skopje yang cuma 2 jam perjalanan, tiket 8 EURO (RM 34). Di sini saya tidak perlu risau kerana terdapat banyak penduduk beragama Islam dan azan bebas ke udara.

Di sini tarikan utama adalah disekitar Old Bazar seperti stone bridge, millennium cross, mother Teresa memorial, Macedonai square, Mustafa Pasha mosque dan lain lain.

Saya juga melawat Lake Malta (wajib pergi). Semasa disini saya tinggal di Hostel Shanti 2 selama 2 malam 16 EURO (RM 70) dan juga menambah stok makanan yang sudah kehabisan. Belanja 8 EURO (RM 34)

Ohrid merupakan bandar kedua saya lawati di Macedonia. Skopje mengambil masa 3 jam ke Struga, 630 MKD ( RM 42) dan dari Struga ke Ohrid selama setengah jam, 3 EURO( RM13).

ohrid-2

Ohrid lebih dikenali sebagai Jurusellam of Balkan dan Tasek Ohrid merupakan tarikan utama disini. Antara tarikan yang lain adalah St Sophia church, St Bogorodica, St John Kaneo

Disini saya menginap di Ohrid Trpeski Guest House selama 2 malam dengan harga 1000 MKD (RM 69). Di sini makanan Islam banyak boleh didapati dan saya membeli tambahan makanan, belanja 600 MKD (RM40)

ALBANIA

berat-albania

Berat merupakan bandar pertama di Albania dan merupakan tapak warisan dunia.

Dari Struga tiada bas terus ke Berat, samada ke Tirana atau ke Elbasan.

Dari Struga ke Elbasan mengambil masa selama 3 jam, 530 MKD (RM 37) dan dari Elbasan ke Berat selama 4 jam, 340 LEK (RM 10)

Secara peribadi, saya rasa Berat terlampau jauh. Di sana saya tinggal di Berat Hostel selama 2 malam 20 EURO (RM 89).

Tempat yang patut dilawati di Berat adalah seperti Bagova waterfall, Kala, Onufri Museum, Berat Ethnograhic Museum, Old Town, Osum River, Berat Castle dan Sultan mosque

Setelah 2 hari di Berat, saya bertolak ke destinasi terakhir di Balkan iaitu Tirana.

Dari Berat mengambil masa selama 4 jam ke Tirana, 4 EURO (RM 17) dan saya bermalam selama 2 malam di Milingona city , 22 EURO ( RM 93)

Antara tempat menarik di Tirana adalah Tirana castle , Clock tower of Tirana, Ethembey mosque, Mount pajti , Skenderbeg castle, Skenderbeg statute, Skenderbeg square dan Peace bell.

ITALY

vatican-city=2

Merantau lah agar kamu tahu bagaimana rindu dan kemana harus pulang.
ROME. Bagi penggemar senibina dan sejarah memang sangat sesuai . Kalau yang tak berminat just for been that done that je la. Disini terdapat masjid terbesar di Eropah.

Di Itali, saya cuma berkesempatan ke Rome sahaja disebabkan kekangan masa.

Dari bandar Tirana ke lapangan terbang mengambil masa selama 1 jam, 250 LEK (RM 8) dan dari Tirana ke Rome saya menggunakan Blue Panorama airlines yang mengambil masa 1 jam, harga tiket 69 EURO (RM 291).

Dari Rome airport ke bandar mengambil masa selama 1 jam. Saya membeli tiket bas pergi balik dengan harga 8 EURO (RM 34) .

Selama 4 hari di Rome saya bermalam di M& J Hostel , 54 EURO ( RM 230).

Kos makanan disini adalah 10 EURO (RM 43).

VATICAN CITY

vatican-city-3

VATICAN CITY STATE merupakan negara yang merdeka terkecil di dunia yang berkeluasan cuma 44 hektar. Vatican city merupakan negara yang ke 12 dan terakhir untuk pegembaraan saya ini. Wajib dan berbaloi pergi walaupun harganya agak mahal iaitu 47 POUND (RM280).

Dari Rome saya pulang ke London dengan menaiki pernerbangan Norwegian , 29 POUND( RM 123) yang memakan masa 2 jam 30 minit.

Secara Ringkas Macam Mana Nak Kurangkan Kos Untuk Mengembara

1) Tiket penerbangan hendaklah dibeli lebih awal, dan tidak syak lagi Ryan Air selalu menawarkan harga yang sangat murah sesuai dengan jiwa backpacker. Tetapi jangan hanya bergantung kepada satu airline sahaja.

2) Tiket bas di Balkan pula boleh dibeli di kaunter kerana kebanyakan harganya lebih kurang sama dan pilihlah bas malam untuk mengurangkan kos penginapan.

3) Hostel – harga hostel disana sangat murah dalam anggaran RM 40- RM 60 semalam, kerana trip terlampau panjang jadi disarankan 1-2 hari sebelum lebih sesuai.

4) Makanan – masak, masak , masak. Ini sangat menjimat kan. Bahan bahan mentah senang diperolehi.

5) Kurangkan pembelian souvenior kerana ini akan menambahkan kos mengembara anda.

6) Cuba elakkan menggunakan pakej kerana ianya terlampau mahal dan aktiviti sangat terhad. Kenapa tidak merancang sendiri selain menjimatkan kos dan duit lebihan boleh dikumpul untuk merancang trip seterusnya.

Diharap tip–tip ini membantu anda untuk ke Negara BALKAN dengan lebih jimat.

Baca lagi: Kenangan Masa Kecil Bawa Lelaki Ini ‘Travel By Land’ 6 Bulan Dari Malaysia Ke Eropah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram