Nota Editor: Tip dan kisah percutian bajet ke Pulau Perhentian ini telah dikongsikan oleh Husein Rider di blog beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat dijadikan sumber rujukan untuk anda.

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian – PART 1

Dalam banyak-banyak pulau kat Malaysia, Pulau Perhentian la yang paling Husein nak pergi sekali. Dah lama niat dalam hati bila la aku nak datang kat sini.

Padahal tak jauh mana pun pulau tu dengan tempat tinggal Husein. Lebih kurang 2 jam lebih je perjalanan. Bila tengok orang lain pergi kat sana terasa macam nak lempang-lempang je skrin handphone. Aduhh, bila la aku nak jejak kaki kat sini ye.

Nak dijadikan cerita, punya la payah nak plan pergi Pulau Perhentian ni. Mula-mula Husein plan nak pergi dengan geng-geng seperjuangan yang belajar Mesir. Nanti sampai sana boleh la bincang-bincang sikit dengan hala tuju dan masa depan masing-masing sambil bercuti tapi masing-masing macam tak sudi.

Takde duit la, takde masa la, pergi sana la pergi sini la. Tapi bila orang lain ajak pergi pulau lain nak pulak. Huhu. Lantak diorang la. Akhirnya Husein guna second plan Husein untuk ajak geng-geng sekolah lama untuk join.

Alhamdulillah kebetulan diorang tengah cuti. And you know what my third plan is? Become a lonely traveler/backpacker. Travel sengsorang.

pulau-perhentian-1

Dari kanan: Driver kitorang (Syahmi), suka bergayut telefon (Hanif), best student yang sibuk dengan assignment (Fauzan), dan orang yang tak dapat tidur (me).

Untuk percutian kali ni kitorang sepakat nak try gaya backpacker. Tak ada travel guide dan tak ambik mana-mana pakej pun. Tidur pun kat khemah je.

The hardest part is, nak tidur dalam khemah. Semua barang-barang terpaksa letak dalam khemah termasuk makanan dan minuman. Kalau tak, ada serangga atau binatang liar yang akan makan such as biawak.

Waktu petang pada hari pertama tu pun kitorang dah jumpa biawak. That’s why kitorang buat macam tu. Bila semua makanan dan minuman terpaksa letak dalam khemah.

Mula la semut-semut datang tak diundang. Kitorang dah kebas-kebas sikit khemah tu tapi macam biasa la. Ada sekor dua yang degil. Maka tidur la kitorang dalam keadaan semut datang hinggap ke kaki sekali sekala. Kalau kat rumah diganggu nyamuk, kat sini diganggu semut.

pulau-perhentian-2

2 orang tidur dalam khemah, sorang lagi tidur luar khemah. Aiikkk. Baru 3 orang. Kata tadi pergi empat orang kan? Hahaha,  yang sorang lagi tak tidur mana-mana.

Dalam khemah pun tak, luar khemah pun tak sebab dia tak dapat tidur langsung sepanjang malam pertama kat sana. I repeat, the whole night ok. Until subuh.

And that is me. Ya, Husein tak dapat tidur malam tu sampai subuh. Nak kata tak letih, of course letih seharian pergi jalan-jalan sambil layan kerenah geng-geng sekepala. Bila tengok diorang tidur terasa macam nak kacau je diorang tu, tapi Husein biarkan.

pulau-perhentian-3

Keadaan khemah Husein beserta unggun api.

Keesokan harinya kepala rasa berat je nak buat aktiviti. Tapi mujur Husein dapat tidur sekejap lepas subuh. Sebelum subuh badan dah tak berapa sedap dan nak muntah.

Tu pun bukannye lama Husein tidur. Lebih kurang 30-50 minit je. Nasib kepala otak boleh tahan lagi. Then kitorang buat aktiviti snorkeling sampai ke tengahari.

Untuk snorkeling kali ni kitorang ambik 3 checkpoint je iaitu Turtle point, Coral point dan Shark point. Alhamdulillah untuk turtle point kitorang dapat jumpa penyu depan mata beb. Lama pulak tu. Siap main kejar-kejar sikit dengan penyu tu.

Akhirnya letih duk berenang kejar penyu tu. Untuk coral point pulak, korang dapat tengok batu karang dan ikan-ikan kecik yang cantik berwarna-warni.

Oh ye, sebelum pergi ni, eloklah korang bawak roti untuk bagi makan kat ikan. Nanti senang ikan datang berkumpul kat korang dan korang boleh tengok bermacam-macam ikan dengan senang.

And I did just like that. Terasa macam nak cium-cium je ikan-ikan comel tu bila diorang datang serbu kat Husein. Don’t worry, diorang tak berani makan korang punye. Hihihi.

pulau-perhentian-4

pulau-perhentian-5

pulau-perhentian-6

Dekat shark point pulak, kitorang snorkeling sekejap je sebab tak jumpa ikan jerung pun. Memang kat sini ada ikan jerung tapi agak susah nak jumpa. Kalau korang nasib baik, boleh la jumpa.

Tapi nasib kitorang kurang baik hari tu. Memang niat Husein nak tengok jugak ikan jerung kat sini depan mata. Kalau boleh nak sentuh sekali. Ikan jerung kat sini bukannya besar macam kat mat salleh tu.

Satu lagi, dengar kata yang ikan jerung kat sini tak makan orang. Emmmm, yang tu Husein kurang pasti. Walaupun Husein tak jumpa ikan jerung kat sini, tapi Husein jumpa ikan yang lebih cantik dari tu.

Husein jumpa puteri ikan duyung. Hahahahaha, Wahai puteri ikan duyung, datang lah meminang aku. Huhuhuhu.

Part 2

Cerita bab kerja, Husein nak lupakan sekejap kerja-kerja yang dibuat ni dan nak imbas kembali ‘kerja-kerja’ yang dibuat kat Pulau Perhentian dulu. Memang kerjanya adalah menghabiskan baki hari-hari yang tertinggal sebelum pulang ke rumah dalam keadaan gembira dan puas.

Oleh kerana namanya dah Pulau Perhentian, of kos la ada hutan kat pulau tu kan. Hutan-hutan kat sini tak la bahaya sangat. Kalau nak jumpa harimau singa tu memang takde la. Kalau kera dan beruk memang ada. Even mase time Husein pergi hari tu pun ada. Tapi, selagi korang tak ganggu diorang, diorang takkan ganggu korang jugak. Itu prinsip dia.

Aktiviti jungle trecking dah Husein buat sejak hari pertama kat sana. Semuanya gara-gara nak tengok hutan berhampiran tapak khemah kitorang tu tembus kat mana. Gigih jugak kitorang jungle trecking kat sana. Naik bukit, lompat kayu besar, jalan curam dan licin, semak samun, jumpa mat salleh, hahahaha. Ya, kitorang jumpa mat salleh jungle trecking macam kitorang.

Ingatkan diorang ni tak la minat sangat jungle trecking ni. So, bagi korang yang plan nak kesini jangan lupa listkan aktiviti jungle trecking dalam list korang. Mat salleh pun jungle trecking jugak tau.

pulau-perhentian-7

Kitorang jungle trecking bermula dari tapak khemah kitorang, Teluk Keke tembus sampai ke Floral Bay. Kat sini banyak kedai-kedai makan dan mat salleh yang tinggal.

Tempoh jungle trecking kitorang dalam 45 minit gitu. Jugak jangan sesekali jungle trecking pakai selipar, alamatnya korang akan mudah sakit kaki la. Untuk yang first time jungle trecking memang akan cepat rasa penat, so sebelum bertolak tu bawak la air botol untuk kekalkan stamina.

Tapi mujur Husein dah ada pengalaman mendaki Gunung Sinai kat Mesir dulu. So, tak la rasa penat sangat. Lagipun Husein memang minat meneroka alam semulajadi ni.

24 jam mengadap kereta, bangunan, office, jalan raya dan macam-macam lagi. Bbila dah jungle trecking ni baru la terasa betapa cantik dan nikmatnya alam semulajadi yang indah dengan dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan yang menghijau.

Last but not least, kitorang pergi ke Perhentian Kecil untuk membuat aktiviti pecah lemak (walaupun dah kurus kering ni) untuk menaiki tangga ke puncak kincir angin.

Kalau korang nak bercuti kat sini, korang wajibul ghunnah datang sini. Kalau tak datang, memang korang akan menangis guling-guling sebab view kat sini sangat ohsem dan cantik. Oleh kerana view kat sini sangat menarik perhatian, maka ibadah selfie sangatlah dituntut oleh semua yang hadir. Hahahaha.

pulau-perhentian-9

pulau-perhentian-10

pulau-perhentian-11

pulau-perhentian-12

pulau-perhentian-8

Bila kitorang habis teroka kawasan ni dan nak balik naik bot, tiba-tiba kitorang di tegur oleh driver bot tu.

“Gane, best dop naik atah nung?”
(“Macam mana, best tak naik atas sana?”)

“Waaahhh, (sambil hembus nafas lega), best la pok. Boleh tengok belake dari atah nung.”

“Hahaha. Doh mu ada kira dop berapa utey tangga hok mu naik ni?”
(“dah korang ada kira tak berapa anak tangga yang korang naik ni?”)

“Dop kire stabok pok eh.”
(“Tak kira langsung pak cik eh”)

“Hahaha. Dulu pok ade naik gop sapa pucok nung. Tapi time mude-mude dulu la. Time tenaga kuat lagi. Lening dop rok doh. Dulu pok kire anok tangga dekat 900 lebih hok ade”
(“dulu pak cik naik jugak sampai atas sana. Tapi time muda-muda dulu la.. time tenaga kuat lagi. Sekarang tak larat dah. Dulu pak cik kira anak tangga ade lebih kurang 900 lebih”)

Bila Husein terdengar pak driver tu cakap macam tu, Husein betu-betul tak sangka yang Husein dapat naik anak tangga sampai ke puncak dengan bilangan sebanyak tu. Husein macam terpinga dan terdiam sekejap. Dalam hati cakap, “biar betul.. kadang-kadang nak naik tangga rumah pun aku dah letih”.

pulau-perhentian-13

Itu la serba sedikit pengalaman Husein dan team backpackers yang lain di Pulau Perhentian bulan lepas. Husein rasa bersyukur sangat kerana dapat pergi ke sini memandangkan dah lama berhajat nak ke sini tapi ada sahaja masalah yang timbul. Setakat ni, ini lah pulau yang paling cantik di Malaysia yang pernah Husein tengok. InsyaAllah kalau ada rezeki Husein akan datang ke sini semula untuk masa yang akan datang.

Honeymoon maybe? Huhu.

Kos, perbelanjaan dan itinerari

Husein kira pasti ramai yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian dengan belanja yang sedikit kan? Husein nasihatkan kat korang supaya jangan ambil mana-mana pakej travel untuk kesini sebab ada yang mahal sangat sampai RM250-300 pun ada.

Jom kita berbackpack dan walk in terus ke sini tanpa travel ejen yang memaksa kita untuk patuhi jadual yang dirancang oleh mereka.

Disini itinerary & belanjawan Husein ketika berada di Pulau Perhentian selama 3hari 2malam bersama tiga orang rakan backpack yang lain. Di akhir nanti anda pasti terkejut dengan belanjawan Husein sepanjang 3D 2N disana. Harap boleh menjadi rujukan untuk anda semua:

Hari pertama:
  • Bertolak dengan sebuah kereta jam 10 pagi menuju ke jeti Pulau Perhentian di Kuala Besut.
  • Bayar minyak kereta = RM10 seorang
  • Caj bekalan makanan & minuman seorang = RM10 seorang.
  • Sampai di jeti pada tengahari dan terus cari tempat parking kereta. Ada tempat parking yang caj RM10 sehari & RM7 sehari. Husein mestilah ambik yang murah, RM7 sehari sebab holiday cara backpack kan. Hehe….RM7 sehari x 3 hari = 21. 21 / 4 orang = RM5.25 seorang. (RM5 je. Kitorang tak kira mana sangat)
  • Angkat barang dari kereta ke jeti. Jalan kaki je sebab dekat je pun.
    Di sepanjang perjalanan tu ada kedai-kedai cenderahati. Korang dinasihatkan jangan shopping lagi barangan cenderahati tu awal-awal. Takut duit untuk belanja nak hidup kat pulau tak cukup. Balik dari pulau barulah shopping.
  • Tambang bot pergi & balik = RM70 seorang
  • Caj pemulihan pulau= RM5 seorang
  • Bertolak dari jeti naik bot ke Teluk Keke sebab kat sana ada tempat untuk bercamping. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.
  • Sila bagitau pemandu bot yang anda nak kemana dan diorang akan hantarkan.
  • Sampai di Teluk Keke, berehat sebentar sambil duduk tepi pantai dan dirikan khemah serta kemas/susun semua barang.
  • Sewa tapak khemah di Teluk Keke: RM10 seorang sehari. 3 hari x RM10 = RM30. Tapi kitorang tak bayar sebab kitorang ada sembang-sembang dengan seorang nelayan kat sana. Dia cakap tak payah bayar pun sewa tapak khemah ni.
  • Cara untuk tidak selalu ditanya oleh penyewa tapak khemah supaya bayar adalah dirikan khemah jauh dari tempat perkhemahan asal. Kitorang dirikan khemah dekat dengan telaga. Lagipun sebelum ni dah terbaca dalam blog lain yang diorang tak kena caj pun untuk sewa tapak khemah.
  • Aktiviti petang: Jungle trekking dari Teluk Keke tembus sampai ke Flora Bay, tempat tumpuan pelancong. Jungle trekking ambil masa 30-45 minit.
  • Kena sedia air botol untuk kekalkan stamina ketika berada di dalam hutan. Korang kena pergi jungle trekking sebab mat saleh kat sana pun ada yang pergi jungle trekking.
  • Sampai di Flora Bay, kitorang lepak kejap sambil minum air di restoran Flora Bay tu. Husein minum air ape ntah tak ingat dah berharga RM6 segelas. (Mahal giler tapi terpaksa jugak untuk hilangkan dahaga). Husein sempat sembang kejap dengan mat saleh dari Itali kat situ. Then jungle trekking balik untuk pulang semula.
  • Then, sampai di tapak perkhemahan banyak dihabiskan dengan mandi/berenang di pantai berhampiran yang jernih airnya dan makan bekalan yang ada.
  • Sewa peralatan berenang = Korang boleh sewa peralatan berenang kat kedai kopi kat Teluk Keke tu. Lepas bodek, mesra-mesra+senyum-senyum sikit kat tukang sewa peralatan berenang, kitorang dapat goggles+life jaket+kaki itik dengan RM15 seorang.
  • Aktiviti malam: Makan malam, sembang-sembang sambil buat unggun api sampai la kitorang mengantok dan tidur di khemah.
Hari kedua:
  • Sarapan di kedai kopi (harga kat sini adalah harga standard, murah jugak la)
  • Pukul 9 pagi: Pergi snorkeling di 3 checkpoint. (Shark point, Turtle point & coral point). Untuk tempahan aktiviti snorkeling, kena tempah malam sebelum korang nak pergi snorkeling kat kedai kopi tu jugak.
  • Bayaran untuk 3 checkpoint = RM30 seorang + peralatan berenang.5 checkpoint = RM50 seorang + peralatan berenang
  • Bagi korang yang rasa tak larat, lebih baik ambik 3 checkpoint je.
  • Selesai snorkeling puas-puas sambil ambil gambar dalam air guna SJCAM 5000 Husein, singgah sebentar di Lata Air Berani untuk bergambar depan signboard dan aktiviti bilas badan dengan air sejuk.
  • Next, kitorang terus naik bot yang sama menuju kawasan perkampungan(village) untuk makan tengahari. Harga kat sini pun ok.. tak la mahal sangat. Yang Husein makan, nasi+kuah+ayam seketul+air teh o ais= RM8. Husein makan kat sini sampai tak dapat habiskan nasi dan terpaksa bungkus air teh o ais tu sebab kenyang sangat. Macam-macam lauk ada kat sini.
  • Aktiviti petang: Lepas pulang dari snorkeling, kitorang putus untuk tidur di chalet berdekatan iaitu di Flora Bay malam tu. Harga semalaman untuk bilik kipas adalah RM75. Yang berhawa dingin RM175-180 semalaman.RM75 / 4 orang = RM 19 seorang.
  • Sekali lagi terpaksa jungle trekking dengan semua barang menuju ke Flora Bay. Masing-masing angkat barang sikit-sikit.
  • Sampai ke chalet, terus check in dan makan/rehat/tidur/aktiviti bebas sampai ke lewat petang.
  • Aktiviti malam: Berjalan/melihat keindahan pantai pada waktu malam sambil menuju ke restoran yang entah apa nama dia tak ingat dah. Pelayan dia orang India so kitorang berempat makan green chicken curry sebab dengar kata sedap giler green curry dia. Untuk sepinggan+nasi RM10, tapi berbaloi sebab dia letak ayam banyak jugak dalam kari tu.
  • Then sembang-sembang dan bincang perjalanan esok sampai hujan turun. Balik ke tempat penginapan dan telefon tokey bot untuk tempah ke kincir angin (Perhentian Kecil) esok. No.telefon tokey bot korang boleh dapat kat mana-mana restoran orang Melayu kat sana. Siap-siap dan kemas barang sikit then terus tidur dalam keadaan sejuk dan letih.
Hari Ketiga
  • Sarapan dengan bekalan makanan yang berbaki.
  • Pukul 9 pagi, terus naik bot ke Perhentian Kecil (Kincir Angin) = RM30 seorang.
  • Sebelum nak pergi make sure bawak air sikit sorang. Perjalanan untuk sampai ke atas lebih kurang 45 minit menggunakan tangga. Make sure perhati jugak tangga tu sebab ada yang tangga tercabut. Bot akan tunggu korang sampai korang turun semula untuk pulang. Di sepanjang perjalanan naik tangga jangan lupa untuk ambil gambar sepuas-puasnya sebab view kat sini memang cantik sangat. Sampai kat atas sana, korang boleh terus ke Long Beach (15 minit perjalanan)
  • Untuk turun pulak, kitorang tak turun ikut tangga tapi ikut jalan berbatu, baru lah mencabar sikit.
  • Then naik bot untuk pulang semula. Kitorang dah set time biar sampai ke tempat penginapan sebelum pukul 12 tengahari. Nasib kitorang sampai awal, so ada mase sikit nak berkemas.
  • Pukul 12 tengahari, kitorang check out hotel dan terus menuju ke bot yang sama tadi untuk pulang ke jeti.
  • Sampai kat jeti, baru lah kitorang shopping untuk beli cenderahati. Husein dapat beli sehelai Tshirt RM25 dan satu magnet RM3. Total RM28. Kat sana jugak sempat Husein beli satay ikan RM3.
  • Then menuju ke parking kereta yang kitorang parking dan pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan yang letih tapi gembira sangat.

Total belanjawan Husein 3D 2N di Pulau Perhentian = RM249. Amacam? Murah tak kalau nak dibandingkan dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh ejen travel yang lain?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram