Musim sejuk di Norway, Sweden atau Finland, Suhunya boleh mencecah serendah -30°c. Jadi untuk bayi atau kanak-kanak dibawah umur 3 tahun, kebiasaannya jika suhu mencecah -10°c tidak digalakkan untuk berada diluar terlalu lama, cukup sekadar dalam 10 minit sahaja.

Sebabnya, paru-paru kanak-kanak ni tak matang lagi jadi tak berapa sesuai untuk berada diluar untuk jangkamasa lama.

Di Stavanger, Norway. Suhu -8c windchill -14c
Kiel, Germany
Ljan,Oslo, Norway. suhu sekitar -3c

Pakaian musim sejuk juga wajib cukup. Jika anda guna baby carrier, baca panduan untuk pakaian bayi berserta jenis baby carrier apa yang sesuai untuk digunakan.

Panduan pakaian untuk musim sejuk

1. Winter Hat
Di Norway atau Scandinavia biasanya guna yang jenis sarung sahaja atau wool hat.

2. Perlindung Telinga
kalau ada, elok pakai. Telinga sejuk boleh memudaratkan

3. Perlindung Tengkuk (Muffler)
Ada jenis sarung atau balut. Boleh tengok di H&M atau kedai-kedai yang jual alat ni. Material polyester, Lycra atau Wool.

4. Sarung Tangan
Kalau nak main salji, wajib samada jenis kulit (Leather), atau kalis air (water ressistant). Tujuannya untuk elak dari kesejukan tangan atau kekejangan tangan. Kalau sejuk tangan, satu badan pun boleh sejuk sampai ke tulang rasanya.

5. Seluar
Jeans, Ski pants atau seluar kalis air (waterproof).

6. Kasut
Kasut jenis paling penting adalah kalis air dan tak mudah salji masuk ke dalam kasut. Biasanya kasut Timberland, H&M atau apa sahaja yang bersesuaian. Sneakers tidak dibenarkan kalau nak cuba juga silalah. Hehehe.

7. Stoking
2 jenis. Kalau suhu mencecah -5°c ke bawah, pakai wool dan sarungkan cotton.

Pakaian yang lengkap boleh mengelakkan kita dari ‘FROSTBITE’.

Lapisan pertama: Wool/ Long John
Lapisan kedua: Cotton dan Sweater / Cardigan / Fleece
Lapisan ketiga: Winter Jacket
Seluar: Wool (bahagian dalam) dan Jeans (bahagian luar) atau Fleece Pants dan Ski Pants. Jika ingin bermain salji.

Kenapa wool dulu? Untuk elakkan badan dari rasa sejuk air jika salji turun dan masuk ke dalam badan. Wool tu akan keringkan dan air tu cepat meresap

Boleh rujuk di sini.

Christmas Market, Oslo, Norway. Suhu sekitar -7c

Jika guna stroller, dinasihatkan guna stroller:

A) Tayar besar dan boleh diluruskan / tegakkan untuk redah salji.
B) Tayar kecil tapi boleh diluruskan / tegakkan tayarnya. Ada sesetengah tayar stroller tak boleh . Jadi kena tengok.
C) Sebaiknya roda 4. Roda 3 agak sukar digunakan untuk redah salji kecuali jenis tayar besar, boleh.

Jika ke tempat-tempat yang suhunya agak ekstrem di antara -7°c ke -10° dan ke atas, bagi pengguna stroller dinasihatkan untuk guna ‘winter bag’. Kadang-kadang ada stroller yang jual skali dengan beg. Tengok material. Kalau polyester, bagus.

Rain Cover aka Snow Cover untuk Stroller. Wajib guna bila ribut salji. Elak daripada salji masuk mata anak.

Dinasihatkan sebelum ke tempat yang ingin dituju, siapkan anak 1 jam sebelum. Banyak nak pakai jadi ambil masa.

Pelembab kulit (lotion) wajib pakai. Kulit mudah kering pada musim sejuk. Lipbalm juga wajib pakai untuk mengelakkan kulit bibir kering dan berdarah.

Makanan tambahan wajib bawa. Biskut atau buah, letak dalam beg. Biasanya anak-anak cepat lapar bila sejuk ni.

Wajib semak suhu setiap kali mahu keluar. Boleh guna aplikasi Accuweather.

Jangan terkejut ya, angin tu yang tak tahan. Sejuk seperti -10°C.

Sekian tips dari zira untuk yang nak travel pada musim sejuk nanti. Semoga bermanfaat

BACA: 7 Langkah Dan Cara Pakai Baju Yang Sesuai Bila Travel Ke Negara Sejuk Melampau