Trip ke Kashmir, Delhi, Agra dan Jaipur pada Mach 2016. Trip ini selama 10 hari dan kami pergi dalma kumpulan 5 orang.

Kashmir

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

KASHMIR atau digelar Paradise on Earth. Terasa macam lalui pengalaman 4 musim dalam 1 trip.

Kami pergi masa musim sejuk, merasa lah salji turun, main ski, ribut salji, lari dalam salji dan terperangkan di gondola disebabkan oleh ribut. Best woi sebab pengalaman lain dari yang lain. Hahaha.

Tapi tak merasa sangat kehijaun Kashmir. Jadi tahun depan pergi masa musim panas pulak, InshaAllah. Musim panas lagi cantik, orang kata.

Di sini saya kongsikan beberapa tips persediaan ke Kashmir:

1.  Selamat untuk solo traveller tapi disebabkan tempat-tempat menarik di Kashmir agak jauh dan kena naik kereta, rugi lah sewa satu kereta untuk awak sorang je, kan?

2. Makanan halal senang cari sebab penduduk Kashmir 100% Muslim (jika tak silap saya).

3. Tawar menawar? Ekonomi mereka 100% bergantung kepada industri pelancongan. Nak tawar menawar itu wajib, tapi kesian lah sikit kat mereka. Jangan melampau sangat lah. Hahaha.

Dan berikut tips ke Delhi pula.

Baca: 5 Tahun Di India, Lelaki Ini Menulis 14 Tip Untuk Anda Yang Mahu Ke Sana

tip-bercuti-ke-india-2
Himalayan Valley.

tip-bercuti-ke-india-3

tip-bercuti-ke-india-4
Bye Banjaran Himalaya.
tip-bercuti-ke-india-5
Mini Switzerland

tip-bercuti-ke-india-6

tip-bercuti-ke-india-7
Tulip Garden
tip-bercuti-ke-india-8
Tulip Garden
tip-bercuti-ke-india-9
New Delhi Metro Station

DELHI & GOLDEN TRIANGLE

1. Panas. Kotor. Scam. Well, India kan? Berbeza betul dengan Kashmir. Di Kashmir berlapis-lapis jaket. Di India, pakai singlet je boleh tak? Hahaha. Berat betul backpack bawak pakaian untuk 2 musim.

2. Selamat juga untuk solo traveller rasanya. Tapi be extra careful la.
Sila Google informasi sebanyaknya.

3. Book hostel dari Malaysia, jangan redah je. Teksi kat airport ramai je scammer.

4. Pastikan anda tahu sekurang-kurangnya sikit berapa tambang untuk setiap pengangkutan awam. Contohnya berapa tambang teksi dari airport ke hostel, dari hostel ke India gate dan sebagainya untuk elakkan daripada ditipu.

5. Keretapi ke Agra, Jaipur dll sila book sehari atau dua hari awal sebab dia ada kuota untuk pelancong.

tip-bercuti-ke-india-10
Taj Mahal
tip-bercuti-ke-india-11
Step Well.
tip-bercuti-ke-india-12
Hawa Mahal, Jaipur

tip-bercuti-ke-india-13

tip-bercuti-ke-india-14

tip-bercuti-ke-india-15
Holi Festival di India Gate.
tip-bercuti-ke-india-16
Dal Lake. Ini view yang akan sambut kita bila sampai Srinagar.

Baca: 7 Lokasi Mesti Dikunjungi Bila Anda Travel Ke Jaipur, India

Agra

1. Agra terkenal dengan Taj Mahal. Bila jadi lokasi tumpuan pelancong, semua barang dansouvenir akan jadi mahal. Bargain skill sangat diwajibkan di sini.

2. Datanglah awal pagi untuk elak ramai orang dan jangan bawak beg besar-besar masa nak masuk Taj Mahal. Kalau tak, bila di gate, anda akan ditahan dan beg perlu disimpan di luar iaitu di deretan kedai.

3. Keretapi dari Delhi ke Agra pastikan dibeli awal sehari sebab mereka ada kuota untuk pelancong dan sebab ramai yang nak melihat Taj Mahal takut tiket habis dan perancangan lari dari jadual.

Lain-lain

1. Kedua-dua airport Srinagar (untuk ke Kashmir) dan Delhi Aiport mempunyai kawalan keselamatan yang sangat ketat. Semua peralatan elektrik kena on untuk dia tahu bukan ada bom ke apa.

2. Makanan dan minuman kita kena makan atau minum sikit depan mereka supaya dia tahu bukan racun. Malahan kasut pun kena buka, kena scan. Jadi memang kena datang 3 atau 4  jam sebelum berlepas.

3. Visa India agak complicated. Tak boleh tulis tangan. Kena isi online tapi hantar kat kaunter. Dan pastikan jangan ada salah walaupun sikit. Nanti kena isi semula kat kaunter dan kena bayar upah isi borang. Harga visa RM190.

4. Akhir sekali, India memang agak kotor dan busuk. Homeless bersepah tapi rasanya taklah teruk sangat sebenarnya.

Lower your expectation so that at the end of the trip, you’ll be like, “Well, India ni okay je sebenarnya, not that bad actually”, macam orang kata.

Baca lagi: Travel 83 Hari Di India, Lelaki Ini Berkongsi 20 Tip Survival Sewaktu Di Sana