Bagaimana untuk membuat perbandingan kekayaan 8 orang terkaya di dunia dengan kita? Jawapannya ialah kombinasi kekayaan 8 orang terkaya di dunia ini bersamaan (mungkin lebih) pendapatan atau harta separuh populasi penduduk dunia. Ya mereka kaya sampai begitu sekali.

Organisasi Oxfam mengeluarkan angka ini secara tahunan untuk mengukur jumlah kekayaan billionaire seluruh dunia dan memberi laporan tersebut di Forum Ekonomi Dunia yang akan berlangsung di Davos, Switzerland tahun ini. Penemuan itu sangat mengejutkan kerana hanya memerlukan 8 orang terkaya di dunia untuk menyaingi kekayaan separuh penduduk dunia yang lain (3.6 billion orang).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gabungan kekayaan mereka adalah pada USD426 billion, dengan Bill Gates di tangga pertama dengan USD75 billion dari jumlah ini. Daripada laporan ini, jika kadar pertumbuhan ekonomi dunia semakin baik dari tahun ke tahun, trillionaire pertama akan muncul dalam masa 25 tahun lagi.

Di bawah adalah carta 8 individu yang dimaksudkan dengan bisnes yang mereka lakukan. Mark Zuckerberg adalah salah seorang dalam senarai top 8 ini. Seram juga bila tahu perbandingan kekayaan mereka ini. Tetapi di sebalik kekayaan mereka ini, kebanyakkan mereka adalah philanthropist (suka menderma). The more you give the more you shall receive.

1. Bill Gates (pengasas Microsoft) — $75 Billion USD

2. Amancio Ortega Gaona (pengasas jenama Zara) — $67 Billion USD

3. Warren E. Buffett (pengerusi Berkshire Hathaway) — $60.8 Billion USD

4. Carlos Slim Helú (bisnes telco di Mexico) — $50 Billion USD

5. Jeff Bezos (pengasas Amazon) — $45.2 Billion USD

6. Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) — $44.6 Billion USD

7. Lawrence J. Ellison (pengasas Oracle) — $45.2 Billion USD

8. Michael R. Bloomberg (pengasas Bloomberg) — $40 Billion USD

Sumber