Masih ingatkah anda beberapa perkara ketika zaman kanak-kanak dulu. Beberapa perkara kecil yang mengembalikan memori manis apabila diimbas kembali. Ikuti penulisan di bawah.


1. Cekelat Duit

tumblr_n6qsyiVa3w1rd96w8o1_540

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cekelat duit ini ada bermacam rupa sebenarnya. Ada juga yang berbentuk duit syiling sebenar. Tetapi ini paling famous sebab murah dan boleh dapat banyak.

2. Kotak Pita Video

tumblr_n99jpeNHdi1qgdw5jo1_540

Selain dijadikan bekas pita video. Ia juga dijadikan sebagai bekas pensil. Untuk lebih thrill, ada juga kanak-kanak jadikan sebagai gelanggang untuk lawan labah-labah. Ini kerana lawan dalam kotak mancis terlampau kecil.

3. Jajan Serbuk
tumblr_nablu4I58h1rkcz48o1_540

Jajan serbuk juga mempunyai beberapa jenis. Lagi satu jenis dalam paket kecil sebesar duit kertas. Kemudian perlu sedut dengan straw. Jajan serbuk ini juga selalu dicampur dengan air dan juga ditabur atas aiskrim.

3. Kereta Dash Yonkuro
001

Ada dua jenama Dash Yonkuro yang perlu anda tahu, satu Tamiya dan satu lagi Auldey. Dua jenama ini menjadi kegilaan kanak-kanak 90an kerana kualitinya amat bagus. Perlu tahu juga, kereta dash yang pakai enjin warna hitam adalah paling hebat.

4. Cyberpet
928720_416050045235494_950179970_n

Atau nama komersialnya Tamagochi. Sebuah alat mainan yang sangat ringkas. Kena jaga haiwan secara digital. Tak boleh biarkan haiwan tersebut lapar atau dikelilingi tahi. Nanti dia sakit, kemungkinan boleh mati.

5. Gula-gula Nanonano
10735030_368975173271761_274330408_n

Didatangkan dengan 3 rasa serentak, masam-masin-manis. Gula-gula ini menjadi popular kerana selalu ada iklan dalam TV.

https://www.youtube.com/watch?v=NIWyW9S6Okw

BACA: 10 Perkara Pelajar Sekolah Rendah 90-an Selalu Buat.

6. Kamera 3D.
11005215_1377052099277278_359746152_n

Biasanya kamera ini akan dijual kat tempat pelancongan dan tumpuan ramai dalam dunia. Hanya letakkan kamera depan mata dan anda dapat lihat suasana ditempat tersebut.

7. Kaya dengan permainan papan.
11008267_1565428437039254_753226330_n

Ini kerana permainan ini dicipta untuk melatih kanak-kanak supaya bersifat keusahawanan. Jenama terkenal ketika 90an adalah Monopoli dan harga agak mahal. Namun ada syarikat dapat selesaikan untuk pasaran kanak-kanak yang kurang berkemampuan dengan jenama Jutaria kerana ianya murah. Dan ianya lebih bersifat tempatan.

8. Kaset
tumblr_mvq7n1ardA1qkdjm1o1_540

Konsep sama juga dengan pita video, kaset berfungsi untuk mendengar lagu artis kegemaran.

9. Permainan video
tumblr_mx19s7zjWO1ql51jto1_540

tumblr_mywtj35y881soa6fyo1_540

Sebelum hadirnya Play Station yang menggunakan cakera padat. Permainan video menggunakan pita sebesar kaset. Ada pita khas untuk satu game sahaja. Ada juga hadir dengan kompilasi.

Siri permainan paling mendapat perhatian adalah Super Mario, Kontra, Bomberman, Donkey Kong, Tetris dan lain-lain.

10. Belon gam
tumblr_myq5j9ekbP1rwwbceo1_540

tumblr_n1aaifyDLM1qejxnro1_540

Belon gam biasanya boleh ditiup sebesar mana yang anda mahu. Untuk yang kreatif, mereka akan bentukkan belon tersebut dengan pelbagai rupa.


tumblr_ncjzuvI8hk1shkoqko1_540

Perkara-perkara di atas antara isi kandungan yang ada dalam buku Tora Datang Lagi – Kitab Pengetahuan Kanak-Kanak 90an.

Menurut penulis buku Tora Datang Lagi – Amirul Bozu, tujuan utama buku ini diterbitkan adalah bertujuan mahu mengumpulkan semua kenangan 90an ini supaya kekal dalam ingatan dan mudah untuk dirujuk semula oleh sesiapa sahaja. Selain itu, penulis juga turut meletak harapan agar kesemua pengetahuan ini dapat disampaikan kepada generasi-generasi yang mendatang.

IMG_20150416_082615

Buku setebal 300 muka surat ini diterbitkan oleh DuBook Press boleh di beli melalui web mereka. Untuk mengenali penulis dengan lebih dekat boleh ikut Amirul Bozu di Facebook & Instagram.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram