Nota Editor : Kisah ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Tuan Zamri Mohamad,  penulis 24 buah buku dan ebook, dan juga pengasas kursuspenulisan.com. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Harapan kami agar kisah ini dapat memberi inspirasi kepada anda dan mereka yang bercita-cita mahu memulakan perniagaan.

toyyiban-sushi

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya hairan juga kenapa ada dua kedai sushi yang jaraknya bertemu muka sahaja. Satu yang mempunyai premis khusus, satu lagi di ruang legar. Kedai sushi di ruang legar menarik perhatian saya, tidak putus-putus orang beratur dan membeli.

Ada seorang lelaki Melayu berjanggut, berpakaian chef dan bercermin mata duduk di hujung meja. Situasi tenang dan beliau mengemas meja.

“Jemput makan sushi Tuan,” pelawa beliau.

toyyiban-sushi-3

Selesai membeli, saya bertanya, “Ini bisnes keluargakah?” kerana wajah-wajah yang menyediakan sushi semua hampir sama dengan lelaki Melayu tadi.

“Ya, ini bisnes keluarga.”

Lelaki itu bernama Rosli Yosop.

Toyyiban Sushi merupakan idea beliau. Pernah menyambung pelajaran di Jepun dan kembali ke tanahair bekerja.

toyyiban-sushi-4

“Pada satu ketika saya terkejut. Dalam satu kompleks membeli belas ada lima kedai sushi.

Orang Melayu ramai memasuki kedai-kedai sushi ini tanpa tahu ia halal atau tidak. Saya ambil keputusan menjadikan bisnes ini fardu kifayah. Iaitu menyediakan sushi halal agar apa yang mereka makan selamat.”

Awalnya saya hairan juga kenapa ada dua kedai sushi yang jaraknya bertemu muka sahaja. Satu yang mempunyai premis khusus, satu lagi di ruang legar.

Bezanya satu. Di ruang legar, keluarga Toyyiban Sushi berjuang membawa yang halal.

toyyiban-sushi-2

Anda boleh melihat menu-menu yang ditawarkan oleh Toyyiban Sushi di fb page Toyyiban Sushi atau di instagram Toyyiban Sushi. Lokasi Toyyiban Sushi adalah di tingkat 1, Bangi Gateaway.

Jom Like Facebook TheVocket untuk lebih banyak kisah menarik dan penuh inspirasi.