Ramai sangkut di imigresen kes PTPTN sekarang ni. Soalan yang aku dapat, Macam-mana kau dealing dengan hutang PTPTN dan boleh travel gila-gila?

Aku zaman belajar diploma tak ambil PTPTN, aku meniaga. Aku jual rokok dekat hostel aku (jangan buat benda ni. Salah), antara tokan besar juga la kat asrama UITM Perak. Wahaha.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lepas tu aku jual nasi lemak dan burger. Aku order 50 each dan brother burger tu hantar dekat bilik setiap pukul 8 malam. Burger dan nasi lemak yang tak habis sebelum pukul 11 malam aku akan round dari bilik ke bilik ketuk pintu. Budak-budak asrama UITM Perak mesti tahu benda ni.

Sambil-sambil tu aku offer rokok sekali, hahaha. Aku tak hisap rokok tapi aku jual rokok. Dengan duit tu aku bayar semua pembelajaran aku. Untuk duit yuran aku kerja setiap cuti sem dekat Isetan KLCC, dapat la cover yuran plus kutip hutang kawan-kawan sebab PTPTN depa dah masuk.

Zaman degree aku ambil PTPTN, tapi sebab aku tak nak bayar PTPTN aku belajar betul-betul. Grad 1st class supaya PTPTN convert ke biasiswa. Macam-mana belajar dengan duit yang limited? Makan dekat UITM ada dewan makan bang, tak perlu makan dekat kafe.

Untuk asigment aku selalu guna bahan-bahan terpakai sebab aku tak ada bajet besar. Catu apa yang boleh catu, ikat apa yang boleh ikat. Handphone lepas kerja baru aku pakai yang ada warna. Zaman belajar aku pakai torchlight je.

Sturggle sikit la zaman belajar supaya aku boleh enjoy lepas grad. Kalau kau enjoy zaman belajar, kau jangan marah sebab kena struggle lepas grad. Hahaha. By the way, hutang tetap hutang. PTPTN tetap kena bayar, jangan salahkan kerajaan salahkan diri sendiri kenapa kita ambil hutang at the 1st place.

Kereta kalau tak bayar bank tarik, PTPTN kalau tak bayar tak kan nak tarik sijik diploma korang? Sebab tu dia tarik dekat tempat lain, so pandai-pandailah dealing with your money.

Antara member aku yang struggle zaman belajar dan enjoy gila-gila lepas grad, Mohommad Hasif. Buat printing dekat bilik asrama sahaja, pukul 4 pagi pun orang ketuk bilik nak print asignment. Sekarang jadi pengurus kedai printing dekat area UITM Perak, siapa-siapa student UITM Perak nak print boleh roger beliau.

Hidup bebas hutang tenang bang, tak pening kepala time-time ekonomi gawat ni. Mungkin boleh jadi rujukan member-member yang masih student. Nah aku belanja Coke Cherry, wahahaha cheers

cokecherry