December 30, 2016 11:24 AM

Pasangan Mike dan Howard berkahwin 5 tahun lepas, dan mereka pernah merancang untuk travel bersama selepas bersara nanti. Tetapi kemudiannya mereka ambil keputusan untuk berhenti kerja dan travel bersama selama setahun untuk trip bulan madu.

Sebelum meninggalkan segalanya, pasangan ini telah menjual rumah dan harta yang mereka ada, dan mula travel bersama. Tapi siapa sangka trip yang pada awalnya dirancang untuk setahun saja telah berlanjutan sehingga 5 tahun.

Menurut pasangan ini, bajet awal mereka untuk kos makan, penginapan, pengangkutan dan perbelanjaan harian adalah USD39 sehari.

Tapi kini bajet mereka telah dikurangkan lagi kepada USD12.20 sehari, apabila mereka travel ke negara-negara di Asia Tenggara. Nilai matawang yang rendah dan harga barangan yang lebih murah di Asia Tenggara membantu mereka untuk letak bajet yang lebih rendah berbanding Australia, New Zealand dan Jepun.

Sehingga kini pasangan ini telah travel ke lebih 50 negara sejak 5 tahun lepas. Menurut apa yang telah mereka kongsikan di DailyMail UK, antara cara mereka menampung kos sara hidup semasa travel adalah dengan berkongsi tips dan trick bagaimana untuk survive apabila travel dalam tempoh yang lama di blog peribadi mereka HoneyTrek.com.

Pada awalnya kos travel mereka ditampung sepenuhnya daripada wang simpanan. Tetapi kini pasangan ini menjana pendapatan daripada blog mereka.

Cara lain bagi mengurangkan kos travel seperti yang dikongsikan oleh pasangan ini adalah dengan travel ke lokasi luar bandar dan di kampung-kampung. Biasanya kos dan perbelanjaan harian menjadi lebih murah berbanding di bandar.

Juga, cara untuk merasai dengan lebih dekat kehidupan penduduk tempatan adalah dengan menetap lebih daripada seminggu di satu-satu lokasi.

Jom layan sebahagian gambar yang telah dikongsikan oleh pasangan ini.

Meneroka jalan keretapi lama di Bristol.

Travel di New Zealand

Guanacaste in Costa Rica

Trekking di glasier di Mt. Washington

Pasangan ini juga telah berjaya ke Antartika

Machu Picchu, Peru

Berpakaian seperti mayat sewaktu sambutan perayaan Day of the Dead di Mexico

Di hadapan Mount Rainier di Washington

Saya percaya di Malaysia pun ada yang berjaya lakukan sebegini.

Baca lagi: Bagaimana Mengembara Selama 2 Tahun Mengubah Pandangan Gadis Ini Tentang Hidup

Artikel Berkaitan