Nota Editor : Kisah ini asalnya telah di kongsikan di fb page Pengembara Berpoket Nipis milik Cik Siti Nurulhawa. Kisah ini berlaku sewaktu beliau dan rakannya singgah sebentar selama 6 hari di Mumbai, sebelum meneruskan perjalanan ke Jordan untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan musim sejuk bagi pelarian Syria dibawah kelolaan badan NGO Our Touch.

Kita ikuti catatan Cik Hawa di bawah.

watermarked-(3)-bandra-station

Stesyen kereta api Bandra yang berusia 146 tahun

Kami ditegur oleh pemandu pelancong yang membawa sekumpulan pelancong Eropah. Dia memakai sari berwarna merah kontra hijau, fasih berbahasa Inggeris tanpa telor India. Aku kira umurnya sudah hampir setengah abad. Rasa-rasanya dia sudah lama memerhatikan kami.

watermarked-(2)-CTS

Chattrapaji Shivaji Terminal (Tapak Warisan Sejarah UNESCO)

“Kamu berdua berasal dari mana?” dia membuka bicara. Ada riak feminisma pada wajahnya.

“Malaysia” jawab kami hampir serentak

“Oh, saya rasa tidak ramai orang Malaysia yang mengunjungi tempat ini. Dan kamu masih muda. Mumbai sendiri sebenarnya tidak begitu terkenal sebagai tempat pelancongan. Kebanyakan pelancong yang saya bawa, ya.. seperti yang kamu lihat semuanya hampir sebaya dengan saya”

Kami senyum mendengarnya. Mani Bhavan adalah rumah tinggalan Mahatma Ghandi yang kini dijadikan memorial. Bagi sesiapa yang tidak meminati muzeum, tentu saja akan mengelakkan tempat ini.

watermarked-(4)-Mani-Bhavan

Mani Bhavan – pandangan dari luar

watermarked-(5)-mani-bhavan

watermarked-(6)-Mani-Bhavan

Patung Ghandi di satu sudut dalam Mani Bhavan

watermarked-(7)-ghandi-library

Perpustakaan yang menyimpan semua karya tulisan Mahatma ghandi dan tulisan berkaitan beliau. Perpustakawan sedang membuat kerja-kerja pengindeksan.

“Oh.. di mana kumpulan kamu? Saya tidak nampak sesiapa yang serupa kamu”

“Ah.. kami hanya datang berdua saja”

“Benarkah? Kamu berdua sungguh berani. Tetapi adakah kamu datang ke Mumbai dengan pakej pelancongan atau kamu uruskan semuanya sendiri? Bagaimama kamu temukan tempat ini?”

“Kami uruskan semuanya sendiri. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami keluar negara berdua. Ia seperti ritual tahunan persahabatan kami”

Jawapan aku disambung Yatt. “Kami cari maklumat di internet, kami naik kereta api dan berjalan ke sini dengan panduan peta”

watermarked-(10)-study-group

Sekumpulan pelajar sedang menyiapkan tugasan sekolah dalam kereta api

“Ya, saya percaya kalau kamu kata begitu. Saya sungguh kagum. Kamu wanita yang berani. Bukankah Malaysia Negara Islam, dan kamu berdua tentunya muslim kan? Semua perempuan muslim di sana menutup kepala seperti kamu?”

“Tidak semua. Terpulang kepada individu. Tetapi penampilan begini lazim bagi kebanyakan perempuan muslim di negara kami”

“Oh… begitu. Saya berharap lebih ramai perempuan di negara ini menjadi berani seperti kamu berdua. Tidak begitu terkongkong dengan tradisi. Melihat dunia luar dan membuka fikiran kepada hal-hal baru. Kamu berdua orang muda yang menarik”

Kami berbual-bual lagi beberapa ketika sehingga dia sedar yang dia telah ditinggalkan oleh kumpulannya. Dia bergegas meminta diri. Mungkin tak biasa bagi dia melihat perempuan bukan Eropah berkembara tanpa lelaki ke dunia luar.

watermarked-(8)-dabbawala

Dabbawala, penghantar makanan dengan kenderaan rasmi mereka – basikal

Sebagai orang Asia dia juga merasai kongkongan tradisi yang mungkin masih tebal di India berbanding Malaysia. Lebih luar biasa baginya kenyataan bahawa kami adalah muslimah. Persepsi salah tentang perempuan dan Islam wujud dimana-mana. Terkongkong, tertindas, lemah, kolot dan sebagainya.

Sebab itu, jika kita berkembara dengan pakaian perempuan muslim, wajib kita berusaha menjadi agen muslim yang baik (meminjam kata-kata Salsabila Fahim).

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram