Beza antara peguam dan ejen kutip hutang:

1. Untuk buat ‘debt recovery’ melalui peguam, ada beberapa cara yang peguam biasanya akan nasihatkan anakguam.

2. Setelah berjaya mendapatkan penghakiman terhadap defendan, sama ada melalui Penghakiman Ingkar atau JID, Penghakiman Terus (Summary Judgment) ataupun Perbicaraan, defendan lazimnya masih liat untuk membayar hutang kerana penghakiman tersebut sifatnya hanyalah ‘on paper’ semata-mata.

3. Oleh itu, peguam lazimnya akan mendapatkan arahan anakguam untuk teruskan tindakan selanjutnya terhadap defendan tersebut melalui pelbagai tindakan perlaksanaan seperti tindakan Kebankrapan, Garnishee, Writ Penyitaan dan Jualan, Saman Penghutang Penghakiman, Penggulungan Syarikat dan baaanyak lagi.

4. Lazimnya, defendan masih berlagak ‘macho’ apabila setakat menerima kertas penghakiman sepertimana di perenggan 2 di atas. Tetapi gaya macho beliau Insyaallah akan mula bertukar sifat menjadi cuak, gelabah, kelam kelibut, kencing manis, gout dan lain-lain setelah menerima notis-notis bagi perkara yang saya nyatakan di perenggan 3 di atas.

5. Saya sebut perkataan ‘Insyaallah’ sebabnya, selain daripada sebab semua ketentuan adalah dengan izin Allah, adalah kerana masih terdapat segelintir defendan yang tetap tak ambil kisah walaupun dia tahu dia akan dibankrapkan, hartanya akan disita dan lain-lain. Ada pelbagai sebab, mungkin sebabnya beliau dah pasrah sebab dah sehelai sepinggang, atau sengaja ambil mudah, atau tunggu last minute baru nak bincang di luar mahkamah, ataupun memang ‘literally’ beliau adalah makhluk yang cool tak kisah apa nak jadi di dunia ini.

6. Maka oleh sebab itulah (fokus sebenar yang saya nak sampaikan), tindakan di mahkamah adalah ikhtiar kita semata-mata untuk menuntut hutang. Ini kerana pada pengalaman saya sendiri, ada defendan yang berjaya kita tuntut semua hutang anakguam, dan ada yang tidak berdasarkan kepada situasi tertentu.

Contohnya:

a. ada yang bayar cash beratus ribu ringgit sebab malas nak turun naik mahkamah;
b. ada yang bila dah dekat nak bicara, baru gelabah nak bincang;
c. ada yang offer nak bayar ansuran;
d. ada yang dah peringkat hari keputusan, baru setuju nak bayar;
e. ada yang dah tiba hari nak dibankrapkan/disita baru setuju nak bayar;
f. ada yang mati langsung tak sempat nak bayar;
g. banyak lagi lah tak larat nak tulis.

7. Justeru, bila anakguam tanya, “Bila saya boleh dapat duit saya ni? Penghakiman dah dapat ni,”, maka soalan ini amaaaatlah sukar untuk dijawab walau beratus kali peguam terangkan.

8. Maka lazimnya, saya acapkali nasihatkan anakguam saya untuk rajin BERDOA, kerana dah banyak kali saya lihat benda tak masuk akal yang berlaku di depan mata akibat daripada kehebatan kuasa doa. Saya biasa berdepan kes di mana defendan dah papa kedana, tapi dengan bergaya boleh selesaikan hutang anakguam RM200,000. Siapa boleh beri jaminan begitu kepada anakguam? Confirm tak ada sorang makhluk pun berani bagi janji begitu kepada sesiapa pun, sebabnya semua adalah kuasa Allah SWT.

9. Kesimpulannya, tindakan Tuan-tuan berjumpa peguam merupakan suatu pelaburan dan ikhtiar, tapi jangan lupa kepada kuasa doa atau tawakal kepada-Nya setelah kita habis berusaha.

BACA: Kaedah ‘Snowball’ Selesaikan Hutang Yang Menimbun Tanpa Stress