Siapa sangka aplikasi Vine yang sangat popular sekitar tahun 2013 dan 2014 kini bakal ditutup. Lebih mengejutkan syarikat ini cuma berusia 3 tahun .

Dikatakan kekurangan pengguna yang memuat naik atau menggunakan aplikasi ini untuk beberapa bulan terakhir turut menjadi punca. Ditambah pula dengan Facebook,Twitter dan Instagram yang hadir dengan fungsi yang seakan sama seperti Vine iaitu infinite loop.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

vine

Dalam pada itu, Vine masih akan mengekalkan aplikasi dan laman web mereka untuk memastikan pengguna dapat mengakses video-video yang pernah dimuat-naik di Vine. Sebarang kemaskini terbaru sahaja yang akan diberhentikan.

Melihat kepada kisah kejatuhan Vine, jelas menunjukkan aplikasi popular juga mampu jatuh jika tidak menjadi pioneer atau sering mengeluarkan kemaskini terbaru. Facebook, Twitter dan Instagram kekal sebarang ‘jerung’ besar di dalam industri media sosial.