Jika terdapat sebuah model yang berjaya menjadi ‘game changer‘ untuk sesebuah jenama pastinya Huawei P9 antara yang paling diingati. Hasil kerjasama bersama Leica berjaya membuatkan orang ramai mula beralih kepada jenama ini hanya disebabkan kameranya yang sangat mudah digunakan bagi menghasilkan gambar yang mantap.

Pada tahun ini, Huawei nampaknya mahu mengulangi kejayaan tahun lalu dengan melancarkan smartphone flagship terbaru. Dua model yang dilancarkan ini adalah Huawei P10 serta Huawei P10 Plus yang hadir dengan saiz yang lebih besar. Seperti iPhone juga, saiz skrin,RAM dan kamera antara spesifikasi yang membezakan kedua-dua smartphone ini.

Rekabentuk

Menerusi model terbaru Huawei ini, P10 dilihat telah berjaya membawa imej premium serta mengekalkan kemasan yang selesa untuk digunakan. Penggunaan material metal kalis calar dibahagian belakang membuatkan Huawei P10 lebih sedap untuk dipegang.

Model terbaru daripada Huawei ini turut hadir dengan beberapa warna yang menarik. Jika anda merasakan black, gold dan silver untuk sebuah smartphone adalah sangat boring, Huawei turut menyertakan warna biru dan emerald menerusi model terbaru.

Spesifikasi

Seperti juga Huawei P9, model terbaru ini turut hadir dengan dua saiz skrin berbeza iaitu 5.1-inci untuk Huawei P10 dan 5.5-inci pada P10 Plus. Resolusi 1080p yang disertakan menjanjikan pengguna imej yang lebih dynamic dengan paparan WQHD.

Kedua-dua model ini berkongsi processor yang sama iaitu Kirin 960 namun apa yang membezakannya adalah P10 dilengkapi dengan RAM 4GB dan 64 storage manakala P10 Plus disertakan dengan RAM 6GB dan 128 GB storage. Buat yang suka mengambil gambar, ruang storan yang besar ini sememangnya sesuatu yang nikmat. Tak perlu lagi buang gambar yang bagi menampung ruang storan.

Leica Dual-lens

Kedua-dua model ini berkongsi teknologi yang sama daripada Leica serta disertakan dengan kamera 20-megapixel. Kamera hadapannya pula adalah 12-megapixel. Tidak sekadar memfokuskan kepada kamera dual-lens, Huawei turut menjanjikan kamera hadapan yang mantap serta dikhususukan untuk selfie.

Bersoal tentang dual-lens, Huawei P10 Plus turut dilengkapi dengan lens aperture f/1.8 manakala P10 menggunakan lens aperture f/2.2. Dalam erti kata lain, jika anda mahukan gambar yang lebih mantap, bokeh yang lebih best, Huawei P10 Plus adalah jawapannya. Penyertaan Potrait Mode pada Huawei P10 juga bakal menjadi tandingan buat iPhone 7 Plus.

Setakat ini masih belum terdapat sample gambar daripada Huawei P10 Plus. Meskipun begitu, melihat daripada gambar model sebelumnya serta penambahbaikan yang disertakan, kami yakin smartphone terbaru Huawei P10 ini mampu memberi saingan hebat buat jenama-jenama yang lain.

Harga

Tidak seperti Huawei P9, model terbaru mereka ini turut dilancarkan dengan harga yang lebih tinggi. Huawei P10 bakal dijual dengan harga RM2,499 manakala Huawei P10 Plus dijual dengan tanda harga RM3,099.

Memandangkan perbezaan spesifikasi yang diumumkan tidak terlalu jauh beza berbanding model sebelumnya serta harga yang diumumkan lebih tinggi daripada apa yang kami jangkakan, memilih Huawei P9  masih menjadi langkah yang releven buat anda yang mahu berjimat.

Huawei P9

Anda bakal menerima sebuah smartphone dengan harga yang berbaloi serta kamera yang baik untuk digunakan pada 2017. Anda boleh dapatkan Huawei P9 dengan warna premium gold di Lazada dengan harga promosi di sini.

Jika harga bukan halangan, mendapatkan Huawei P10 Plus sememangnya langkah yang baik lebih-lebih lagi jika seorang yang mementingkan imej yang terbaik dalam setiap gambar yang diambil.

Sumber