Setahun berlalu sejak Huawei mula melancarkan Huawei P9. Sejak mula diperkenalkan, smartphone ini telah banyak menjadi pilihan orang ramai baik dari segi prestasinya mahupun kamera. Malah, mendapatkan Huawei P9 ini masih dianggap releven dengan harga penjualan yang sedikit rendah.

Tidak dinafikan keputusan Huawei untuk bekerjasama bersama Leica berjaya menjadi keputusan terbaik pernah dilakukan di dalam industri smartphone sepanjang 2016. Manakan tidak, hadir dengan kamera dual-lens model-model keluaran Huawei ini berjaya melonjakkan penjualan Huawei sehingga berjaya dinobatkan smartphone Android dengan keuntungan tertinggi sepanjang 2016.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun ini, Huawei nampaknya telah membuat persediaan lebih awal apabila mengumumkan mereka bakal mengeluarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu Huawei P10 pada penghujung Februari ini.

Dari segi spesifikasi, Huawei P10 bakal menyertakan size skrin yang lebih besar berbanding model tahun lepas dengan penggunaan skrin 5.5-inci QHD display. Perubahan yang baik berbanding model tahun lepas yang menggunakan FHD panel.

Penggunaan processor Kirin 960 beserta RAM 6 GB adalah dijangkakan. Meskipun, ramai pengguna yang lebih gemar dengan pengguna processor Snapdragon, penggunaan processor Kirin 960 sudah cukup memadai untuk menampung multi-tasking pengguna untuk kegunaan seharian.

Tidak sah rasanya jika tidak membincangkan soal kamera pada model terbaru Huawei. Berdasarkan ura-ura, Huawei P10 bakal menyertakan kamera 20-megapixel dan 8 megapixel di bahagian hadapan. Upgrade yang boleh tahan menarik daripada Huawei. Kami menjangkakan Huawei bakal menyertakan bokeh effect yang lebih power pada model ini hasil sentuhan Leica.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai spesifikasi dan rekabentuk Huawei P10, sama-sama kita nantikan pada 27 Februari ini dimana Huawei bakal melancarkan smartphone flagship terbaru mereka pada acara MWC 2017.

Sumber