Vaksinasi Makanan.

Isu vaksinasi ni diskusinya balik-balik putar benda yang sama. Pro-vaks cuba beri penjelasan tentang tujuan vaksinasi secara saintifik, dan anti-vaks pula kemukakan isu AEFI dan pertikai keselamatan kandungan vaksin, atau vice versa. Itu sahaja.

Bosan.

BACA: Adakah Logam Berat Dalam Vaksin Boleh Memudaratkan Tubuh Badan (AEFI)

Hari ni saya nak bawakan diskusi tentang vaksinasi dari perspektif berbeza.

Saya lihat para anti-vaks menitikberatkan pemakanan mereka. Itu bagus. Namun begitu mereka terlupa program vaksinasi bukan hanya terhad pada manusia. Haiwan ternakan juga terima vaksinasi.

vaksinasi makanan
vaksinasi makanan

Di portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) [1], anda boleh lihat senarai penyakit berjangkit haiwan ternakan dan protokol-protokol[2] mengendalikan kes-kes tersebut.

Kebanyakan penyakit tersebut dikawal dan dicegah dengan memberi vaksinasi pada haiwan ternakan.

Penyakit seperti Hemorrhagic Septicaemia(HS)[3] pada lembu atau kerbau adalah antara penyakit yang digeruni oleh penternak. Ini kerana penyakit ini boleh menyebabkan semua lembu ternakan yang dijangkiti mati.

Salah satu cara elakkan wabak HS adalah dengan memberi vaksinasi. Ia langkah pencegahan yang amat berkesan. Tak percaya tanyalah veterinar dan penternak lembu.

Masih ingat wabak selsema burung yang pernah melanda negara ini? Bukan sahaja burung dan ayam sahaja yang mati, malah ada juga manusia yang terkorban. Bagaimana JPV dan KKM kawal wabak itu daripada merebak? Ya, antaranya melalui program vaksinasi.

Saya faham, anak anti-vaks bukanlah haiwan ternakan. Saya tak mahu bandingkan anak mereka dengan haiwan. Itu tak berperikemanusiaan.

Saya cuma mahu tahu, apakah pendapat para anti-vaks tentang pengambilan makanan berasaskan sumber haiwan ternakan yang divaksin.

Bukankah makanan itu mengandungi bahan syubhah seperti didakwa oleh mereka?

Ayam pedaging dan penelur divaksin.
Lembu pedaging dan tenusu divaksin.
Kambing pedaging dan tenusu divaksin.

Jadi susu kambing makanan sunnah tu juga sumbernya dari kambing yang divaksinkan. Bagaimana tu? Ada unsur syubhah bukan?

Alamak! Macam mana nak sediakan juadah raya ni? Boleh makan ke tidak ayam dan daging yang beli di pasar?

Mohon pencerahan!

Rujukan:
[1] Postal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar

[2] Senarai Protokol Veterinar Malaysia

[3] Protokol Haemorrhagic Septicaemia

[4] Gambar: petikan daripada dokumen Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia APTVM 22(b): 1/2010

Dr Kamarul Ariffin selalu menulis kisah-kisah kesihatan dan kisah-kisah harian yang unik. Ikuti penulisan beliau di Facebook.

BACA: Vaksinasi Dari Sudut Pandangan Islam Yang Anda Patut Tahu