Gunung Fuji adalah salah satu ikon terkenal negara Jepun. Bagi orang Jepun, ianya adalah satu petanda baik jika dapat melihat gunung Fuji dengan jelas ketika anda sedang travel. Firma Architecture Azuma Architect And Assosiates telah membina lokasi penginapan menarik ini yang dinamakan Hoshinoya Fuji.

fuji

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menarik tentang tentang tempat penginapan ini ialah anda akan sentiasa nampak jelas gunung Fuji di hadapan anda kerana hotel ini memang menghadap gunung Fuji dan ada juga tasik di depannya. Hotel berkonsepkan cabin ini mempunyai balkoni di setiap biliknya. Lebih menarik apabila ada tempat lapang untuk anda lepak dan menikmati suasana hutan yang menenangkan serta anda boleh juga membuat unggun api jika anda hendak chill bersama rakan-rakan anda di luar pada waktu malam.

Rekaan minimalist hotel ini menambahkan lagi keunikan hotel ini. Terdapat juga restoran khas untuk tempahan makanan di hotel ini. Dapat tinggal di sini buat sehari dua pastinya dapat menenangkan minda anda. Kalau anda ada rancangan untuk mendaki gunung Fuji, mungkin boleh consider untuk tinggal di hotel ini nanti. Boleh buat tempahan di sini.

Harga untuk semalam? Dalam RM2,500 jugalah untuk satu malam. Kalau anda mampu, apa salahnya kan?

azuma-architect-and-associates-azuma-architect-and-associates-japan-designboom-03

azuma-architect-and-associates-azuma-architect-and-associates-japan-designboom-04

azuma-hoshinoya-fuji-6

azuma-hoshinoya-fuji-3

azuma-hoshinoya-fuji-1

azuma-hoshinoya-fuji-5

azuma-hoshinoya-fuji-9

azuma-hoshinoya-fuji-4

azuma-hoshinoya-fuji-7

azuma-architect-and-associates-azuma-architect-and-associates-japan-designboom-11

Sumber