Walaupun masih tiada penghidap virus Zika di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan amaran kesihatan kepada institusi kesihatan awam dan swasta di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, kementerian memandang serius situasi global ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Nyamuk Aedes Aegypti Pembawa Virus Zika

Nyamuk Aedes Aegypti. NY Times
Nyamuk Aedes Aegypti. NY Times

Bilangan nyamuk yang tinggi adalah di antara punca mengapa langkah berjaga-jaga diambil di Malaysia.

"Penyakit ini belum terdapat di Malaysia. Rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas," kata Datuk Dr Lokman.

2. Pembawa Nampak Sihat, Sebar Virus Tanpa Sedar

Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80 peratus) tidak menunjukkan gejala dijangkiti.

Menurut Datuk Dr Lokman, penyakit ini hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes) di badan, sakit sendi dan tidak menyebabkan kematian.

3. Menyebabkan Kepala/Otak Bayi Dalam Kandungan Mengecil

Zika's Pandemic Potential

The mosquito-borne Zika virus could turn into an "explosive pandemic" of babies born with brain damage.

Posted by AJ+ on Thursday, January 28, 2016

Amerika Tengah dan Amerika Selatan menyaksikan lebih ramai bayi dilahirkan dengan kecacatan otak dan kepala mengecut.

Keadaan yang dinamakan microcephaly ini sangat banyak berlaku di Brazil.

Virus ini juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom "Guillain-Barre."

4. Sukar Dikesan

Laura Rodrigues, Profesor (Epidemiologi Penyakit Berjangkit) di London School of Hygiene and Tropical Medicine berkata, bayi dengan mirocephaly mengalami kalsifikasi (calcification) di dalam otak, mengesahkan ianya satu jangkitan.

Otak bayi tidak berkembang, terdapat struktur hilang menyebabkan otak bayi dan kepala bayi kecil.

Setelah bayi didiagnosa mengalami microcephaly, ianya sudah terlambat.

5. Masih Tiada Vaksin

Bayi di Brazil dengan tanda-tanda microcephaly. Vox
Bayi di Brazil dengan tanda-tanda microcephaly. Vox

"Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes," kata Datuk Dr Lokman.

6. Nasihat Kepada Ibu Mengandung

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan ibu-ibu mengandung tidak melawat negara-negara terlibat.

Negara-negara terlibat. CDC
Negara-negara terlibat. CDC

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika, 24 negara terlibat dengan wabak ini. Senarai negara yang terlibat boleh dilihat di sini.

7. WHO Anggar 4 Juta Jangkitan

Sejuta rakyat Brazil disahkan menghidap virus Zika.

WHO mengatakan Zika “spread explosively” sambil menganggarkan kira-kira 4 juta orang akan dijangkiti penyakit ini.

8. Lindungi Diri Daripada Bahaya Zika

Pekerja kesihatan di Sambadrome sedang melawan nyamuk Aedes Aegpyti. ABC
Pekerja kesihatan di Sambadrome sedang melawan nyamuk Aedes Aegpyti. ABC

Datuk Dr Lokman menasihatkan orang awam mengambil langkah berjaga-jaga melindungi keluarga daripada virus Zika, dengan mengambil langkah-langkah yang sama menjauhi denggi.

BACA: 8 Perkara Yang Anda Patut Tahu Dan Lakukan Jika Anak Diserang Demam Sawan